kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN BERKAITAN PENGGUNAAN KREDIT DI KALANGAN PEGAWAI MUDA SEKTOR AWAM

Kredit merupakan hutang, pinjaman atau bayaran yang dibuat oleh seseorang pengguna untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan syarat akan membayar balik pada tempoh matang. Satu kajian telah dilakukan untuk mengukur tahap pengetahuan dan pengalaman pegawai muda sektor awam berkaitan dengan penggunaan kredit. Sampel kajian terdiri daripada pegawai kerajaan yang baru bekerja bagi tempoh tidak melebihi lima tahun dan bekerja di agensi kerajaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Sebanyak 202 soal selidik telah diterima dan boleh diguna pakai bagi tujuan analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden mempunyai pengetahuan yang baik mengenai aspek kredit namun masih terdapat sebilangan responden tidak mengetahui peraturan menggunakan kredit dan apakah implikasi muflis ke atas individu. Walaupun responden kajian mempunyai pengetahuan yang baik tetapi ia tidak selari daripada segi amalan atau tingkah laku penggunaan mereka. Majoriti responden kajian pernah berhadapan atau mengalami salah satu daripada situasi kewangan misalnya mempunyai bayaran tertunggak, menerima panggilan dari pemberi pinjaman kerana kelewatan pembayaran dan lewat membuat bayaran pinjaman atau hutang. Ini menggambarkan bahawa responden kajian terdedah kepada menghadapi masalah kewangan. Program pendidikan kewangan di tempat kerja contohnya dapat meningkatkan lagi kesedaran dan amalan penggunaan kredit yang berhemah di kalangan pegawai muda.

Kata Kunci: Kredit, Muflis, Kredit Pengguna, Pegawai Muda, Sektor Awam

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.