kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Pinda Akta DBP 1959 perkasa peranan sebagai institusi bahasa

 

Pinda Akta DBP 1959

 

KUALA LUMPUR - Akta Dewan Bahasa Pustaka 1959 perlu diperkasakan kerana akta sedia ada, tidak mempunyai hala tuju dan pengisian yang jelas terhadap fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Senator Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, akta itu, sekadar menentukan struktur peralihan DBP daripada sebuah jabatan kerajaan kepada badan berkanun, sekali gus perlu dipinda seiring peredaran masa.

"Ini penting untuk kita jadikan DBP juga sebagai satu badan penarafan soal bahasa, budaya dan penerbitan, macam SIRIM...DBP dah lakukannya, tapi sebenarnya kita memerlukan aspek legitimasi,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara pada Khamis.

Beliau turut mencadangkan, agar kerajaan mempertimbang untuk mewujudkan semula program seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), bagi menyemai semangat perpaduan dan patriotik terutamanya dalam golongan belia dalam negara.

Sementara itu, Senator Manolan Mohamad pula mencadangkan inisiatif Jualan Rahmah dipanjangkan di kawasan luar bandar, pedalaman dan pos perkampungan Orang Asli, kerana harga jualan barang kering di kawasan tersebut pada asasnya lebih mahal berbanding di bandar.

"Barangan hasil daripada golongan luar bandar ini pula dibeli (orang tengah) pada harga amat rendah, jadi daripada aspek ini saya minta FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) masuk supaya orang tengah tidak ambil kesempatan, yang mana harga yang mereka beli jauh rendah dari harga pasaran,” katanya.

Turut terlibat dalam sesi perbahasan hari ini, Senator Hussin Ismail yang mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan belanjawan yang lebih besar untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D), bagi memastikan kemajuan dalam negara dapat dicapai dengan mengambil bidang pertanian organik sebagai contoh.

"Syarikat-syarikat besar memperuntukkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada belanjawan mereka untuk R&D, (justeru) saya fikir sudah sampai waktunya untuk negara menetapkan jumlah tertentu yang munasabah untuk R&D,” katanya.

Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya pula mencadangkan peruntukan kepada Fama ditambah, bagi membolehkan program Jualan Terus Dari Ladang oleh Fama, diadakan lebih kerap di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin depan.

Sumber : Sinar Harian. Pautan : Sinar Harian

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.