kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Penafian

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

 

Dasar Kualiti IYRES

 
"Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan penyelidikan nasional yang mengkaji pelbagai aspek aliran dan pembangunan generasi muda dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku diperingkat nasional, serantau dan antarabangsa.
Pengurusan atasan juga komited dalam mematuhi keperluan dan peningkatan sistem pengurusan kualiti secara berterusan. Untuk tujuan ini, semakan semula dasar dan objektif kualiti dibuat semasa Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan untuk memastikan kesesuaiannya yang berterusan".

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Akta Perlindungan Data Peribadi

Suatu Akta untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

 

TUJUAN

Memberi perlindungan kepada maklumat peribadi seseorang yang diproses bagi tujuan transaksi komersial.

 

OBJEKTIF

1. Mengawal selia aktiviti pemprosesan Data Peribadi oleh pengguna data dalam transaksi komersial.
2. Melindungi kepentingan data peribadi umum.

 

DEFINISI DATA PERIBADI

Apa-apa maklumat yang sedang diproses (sebahagian atau keseluruhannya) dalam transaksi komersial, yang secara langsung atau tidak langsung berhubungan dengan seorang subjek data, yang menyebabkan ia boleh dikenal pasti dari maklumat itu, atau padanan maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan pengguna data. Sebagai contoh: Nama, No. kad pengenalan, No. pasport, Alamat, Nombor telefon dll.

 

PEMAKAIAN AKTA 709

Akta ini terpakai bagi:
• Mana-mana orang yang memproses data peribadi; dan
• orang yang mempunyai kawalan atau membenarkan pemprosesan Data Peribadi dalam transaksi komersial.
Jika:
• Ia ditubuhkan di Malaysia dan proses Data Peribadi; atau
• jika menggunakan kelengkapan di Malaysia bagi memproses Data Peribadi itu selain untuk transit.

Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat yang dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan berlaku jika saya membuat pautan kepada Laman Web yang lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain dalam keadaan tertentu

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.