kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

SIKAP KESUKAAN DAN KEYAKINAN BELIA UNIVERSITI TERHADAP PENGGUNAAN MULTIMEDIA

Proses transformasi dalam bidang pendidikan memerlukan peralihan yang drastik daripada pengajaran dan pembelajaran bercorak konvensional kepada berteknologi tinggi, iaitu penggunaan multimedia. Transformasi ini telah dicetuskan oleh unsur inovasi dan kreatif dalam penerokaan ilmu pengetahuan yang lebih dinamik. Justeru, penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji hubungan sikap kesukaan dengan keyakinan belia universiti terhadap penggunaan multimedia dalam kursus-kursus pendidikan Bahasa Melayu, selain mengenal pasti faktor-faktornya. Penyelidikan ini membabitkan 500 orang belia universiti; Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia. Ini membabitkan 250 orang belia universiti bagi setiap universiti telah dipilih sebagai responden kajian. Pemilihan sampel dibuat secara rawak bertujuan untuk meninjau sikap kesukaan dan keyakinan belia universiti terhadap terhadap penggunaan multimedia dalam kursus-kursus pendidikan Bahasa Melayu. Kaedah tinjauan berasaskan soal selidik dan temu bual digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan skor min sikap kesukaan dan keyakinan belia universiti. Bagi analisis inferensi pula, ujian Korelasi Pearson digunakan untuk melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara sikap kesukaan dengan sikap keyakinan belia universiti. Analisis deskriptif bagi kajian kualitatif turut dilakukan dalam mengenal pasti faktor-faktor belia universiti menunjukkan sikap kesukaan dan keyakinan terhadap penggunaan multimedia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap kesukaan dengan sikap keyakinan belia universiti terhadap terhadap penggunaan multimedia dalam kursus-kursus pendidikan Bahasa Melayu. Faktor-faktor tertentu juga telah dikenal pasti tentang sikap kesukaan dan keyakinan yang ditunjukkan yang majoritinya berkisar kepada faedah dari segi memproses, mengingat, menyimpan dan menyampaikan semula segala maklumat tentang ilmu pengetahuan. Hasil kajian ini membuka laluan kepada belia guru dalam trend siber untuk memikirkan konsistensi pemilihan bahan pembelajaran berasaskan multimedia yang lebih sesuai diguna pakai di dalam bilik darjah, selain bermatlamat ke arah melahirkan generasi belia pelajar di sekolah yang berketerampilan dalam bidang bahasa Melayu.

Kata Kunci: Sikap Kesukaan, Sikap Keyakinan, Multimedia, Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.