kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PENGARUH FILEM TAMIL TERHADAP TINGKAH LAKU BELIA INDIA DI PERAK

Setiap hari pelbagai program disajikan kepada penonton di televisyen (TV). Program tersebut antaranya berupa filem-filem Tamil. Walaupun jalan cerita berkisar kepada kehidupan dan keluarga tetapi filem Tamil mengandungi banyak aksi-aksi ganas. Belia India yang menontonnya dikatakan mudah terikut-ikut dengan aksi-aksi ganas yang dipertontonkan. Berdasarkan permasalahan tersebut, kajian ini dijalankan untuk mengetahui pengaruh aksi ganas yang ditonton dalam filem Tamil terhadap belia India; dan mengenal pasti perbezaan antara jantina dengan pengaruh aksi ganas yang ditonton dalam filem Tamil terhadap belia India. Penyelidikan telah dijalankan ke atas 217 orang belia di Taiping, Perak dengan menggunakan kaedah tinjauan. Belia berpendapat bahawa pengaruh aksi ganas dalam filem Tamil bukan penyebab utama yang mendorong belia India melakukan jenayah dan bertindak ganas. Malah hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara lelaki dan wanita dengan pengaruh aksi ganas yang ditonton dalam filem Tamil. Mereka menyedari bahawa aksi-aksi di dalam filem hanyalah sekadar lakonan dan tidak akan dijadikan amalan di dalam kehidupan seharian.

Kata Kunci: Keganasan, Belia, Media, Aksi Ganas, Televisyen

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.