kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PENGARUH STRATEGI DAYA TINDAK TERHADAP KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PELAJAR MISKIN DI LUAR BANDAR SABAH

Strategi daya tindak yang digunakan, memainkan peranan penting kepada kesejahteraan psikologi pelajar. Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengaruh strategi daya tindak terhadap kesejahteraan psikologi pelajar miskin di luar bandar Sabah. Responden kajian ini adalah seramai 430 orang pelajar yang berumur 13 hingga 18 tahun daripada beberapa buah sekolah luar bandar di seluruh Sabah. Kajian ini menggunakan alat kajian Coping Strategy Inventory Scale (CSI-S) bagi mengukur strategi daya tindak dan Ryff Scales of Psychological Well-Being bagi mengukur kesejahteraan psikologi pelajar. Tiga domain strategi daya tindak didapati mempunyai pengaruh yang positif kepada kesejahteraan psikologi pelajar miskin luar bandar iaitu penyelesaian masalah, menstruktur semula pemikiran dan sokongan sosial. Sementara dua domain lagi iaitu kritik diri sendiri dan penarikan diri sosial mempunyai pengaruh negatif terhadap kesejahteraan psikologi. Kajian ini menyediakan maklumat kepada pelbagai pihak terutamanya pelajar, ibubapa, guru-guru, penyelidik mahupun pihak berwajib tentang kepentingan kemahiran strategi daya tindak terhadap kesejahteraan psikologi pelajar miskin di luar bandar Sabah.

Kata Kunci: strategi daya tindak, kesejahteraan psikologi, pelajar, miskin, luar bandar

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.