kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

FAKTOR-FAKTOR PENAGIHAN SEMULA DALAM KALANGAN BELIA

Fenomena penagihan semula dadah dalam kalangan belia bukan merupakan satu isu yang baru di negara kita, Malaysia. Ianya terbukti apabila statistik penagihan dadah di Malaysia yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK) sehingga 2018 menunjukkan peratusan penagih dadah terutamanya penagih berulang adalah paling ramai terdiri daripada golongan belia. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor berlakunya penagihan semula dadah. Kajian ini juga cuba menentukan faktor utama penyebab kepada penagihan semula dan seterusnya membantu mencadangkan saranan kepada pihak pusat pemulihan di dalam membentuk pelan tindakan sosial yang bersesuaian dan berkesan ke arah menurunkan kadar residivisme pengguna dadah ke pusat pemulihan. Kajian yang dijalankan di Pusat Serenti Bukit Mertajam, Pulau Pinang (PSBM) telah melibatkan seramai lapan (8) orang responden yang telah dipilih secara sukarela serta memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Data dikumpulkan menerusi temubual mendalam secara separa berstruktur, perbincangan kumpulan fokus dan penggunaan maklumat sekunder daripada laporan tahunan, laporan sosial responden, statistik dari pusat pemulihan dan lain-lain sumber berkaitan. Data telah dianalisa menggunakan analisa kandungan iaitu penemuan mengikut tema-tema tertentu. Hasil kajian mendapati penagihan semula berlaku disebabkan oleh aspek psikososial iaitu faktor dalaman seperti tahap self-efficacy yang rendah, perubahan emosi negatif dan pembentukkan persepsi yang salah tentang penggunaan dadah yang dianggap sebagai satu-satunya jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Di samping itu, pengaruh faktor luaran seperti sistem kekeluargaan, pengaruh rakan-rakan, ketiadaan sokongan masyarakat, kesukaran mendapatkan pekerjaan akibat stigma sebagai bekas penagih dadah dan ketidakberkesanan pusat pemulihan yang terdahulu turut menyumbang kepada berlakunya residivisme pengguna dadah ke pusat pemulihan. Pengaruh rakan-rakan telah dikenalpasti sebagai faktor utama yang menyebabkan berlakunya isu pengulangan ini.

Kata Kunci : dadah, penagihan, penagihan semula, self efficacy, rakan sebaya

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.