kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Travelog Ilmu Siri 1/2020 Kesihatan Seksual & Reproduktif: Belia Ambil Peduli

2020 travelog01 ig

 

 

 

 

PENGENALAN

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kesihatan reproduktif atau kesihatan seksual, bukan sahaja merujuk kepada ketiadaan penyakit atau kelemahan tetapi membabitkan kesempurnaan fizikal, mental dan kesejahteraan sosial berkaitan proses, fungsi dan sistem reproduktif manusia merentas pelbagai lapisan umur.

Golongan belia di Malaysia berhak untuk menerima maklumat yang mencukupi berkaitan kesihatan seksual mereka. Ini penting bagi menjamin keselamatan masyarakat daripada stigma, penyakit jangkitan kelamin dan juga untuk memastikan sesorang ibu mengandung itu mendapat penjagaan yang berkualiti sekali gus meningkatkan peluang kelahiran bayi yang sihat.

 

TUJUAN

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) akan melaksanakan Travelog Ilmu Siri 1/2020 Kesihatan Seksual & Reproduktif: Belia Ambil Peduli. Program ini menyediakan platform kepada masyarakat terutamanya golongan belia untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat terutamanya golongan belia terhadap kepentingan penjagaan kesihatan seksual dan reproduktif dengan cara yang betul.

 

OBJEKTIF

Antara objektif yang ingin dicapai melalui pelaksanaan program ini ialah:
i. Meningkatkan pengetahuan kepada masyarakat terutamanya golongan belia mengenai kepentingan kesihatan seksual dan reproduktif;
ii. Meningkatkan kesedaran golongan belia agar cakna tentang keadaan-keadaaan berkaitan kesihatan seksual supaya dapat melindungi diri dan mendapatkan bantuan dan rawatan ke tempat yang sepatutnya; dan
iii. Memberi peluang kepada peserta untuk menyuarakan pendapat, pandangan dan idea berkaitan isu seksual dan reproduktif belia.

 

TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 22 Oktober 2020 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Platform : Aplikasi ZOOM Webinar

KLIK DI SINI UNTUK PENDAFTARAN!!!

PANEL JEMPUTAN

i. Tajuk : Jangan Malu Bertanya, Nanti Sesat Jalan
Panel 1 : En. Zaid Mohamad
Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Zaid Mohamad

Skop Pembentangan:

  1. Menerangkan mengenai apa itu kesihatan seksual & reproduktif
  2. Menerangkan bagaimana peranan masyarakat (Ibubapa, pasangan suami isteri, belia perseorangan) dalam mengambil tahu dan menjaga perkara-perkara berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif;
  3. Menerangkan kepentingan kesihatan seksual & reproduktif dalam kehidupan harian;
  4. Memberi tips yang berguna kepada peserta dalam penjagaan kesihatan seksual dengan semangat rohani dan jasmani;
  5. Berkongsi maklumat-maklumat tambahan kepada para peserta program; dan
  6. Berkongsi input melalui sesi soal jawab bersama peserta.

ii. Tajuk : Isu Kesihatan Seksual & Reproduktif
Panel 2 : Dr. Hamizah Mohd Hassan
Pegawai Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Skop Pembentangan:

  1. Berkongsikan beberapa isu yang sering membelenggu belia berkaitan kesihatan seksual & reproduktif.
  2. Berkongsi modul-modul yang disediakan berkaitan kesihatan reproduktif, isu seksual dan lain-lain yang berkaitan;
  3. Menerangkan pengenalan dan objektif kewujudan serta fungsi pusat remaja Kafe@TEEN berkaitan dengan kesihatan seksual & reproduktif;
  4. Berkongsi maklumat-maklumat tambahan kepada para peserta program;dan
  5. Berkongsi input melalui sesi soal jawab bersama peserta.


SASARAN PESERTA

Sasaran peserta bagi program ini adalah seramai 150 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan KBS, wakil daripada kementerian/Jabatan/Agensi, pertubuhan belia / NGO belia, Institusi Pengajian Tinggi dan Individu perseorangan.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.