kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

enumerator-kajian LRGS

KAJIAN LRGS

Pihak Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) berbesar hati untuk mempelawa individu yang mempunyai pengalaman dan komitmen yang tinggi untuk terlibat dalam bidang penyelidikan. Pihak IYRES sedang menjalankan kajian LRGS yang bertajuk Kajian Remaja Dalam Masyarakat Terpinggir : Daripada Pendekatan Transisi Kepada Pendekatan Generasional. Maklumat kajian adalah seperti berikut : 

Bil

Zon

Negeri

Parlimen

Dun

Bil. Sampel

Bil. Enumerator

1

Zon Selatan

Negeri Sembilan

Jempol

Serting

250

10

Telok Kemang

Chuah

250

10

Melaka

Kota Melaka

Duyong

250

10

Johor

Johor

Endau

250

10

 

Kajian ini akan dijalankan dalam jangka masa 17- 08 - 2015 sehingga 29 - 08 - 2015. Enumerator diutamakan kepada yang tinggal di kawasan setiap dun negeri masing-masing. Enumerator akan dibayar RM 20.00 untuk setiap borang soal selidik. Jika berminat untuk terlibat dalam kajian ini boleh menghubungi Puan Shahhanim Binti Yahya di no.tel 012-2481007 atau Muhammad Hafiz Bin Hassan no.tel 019-6970967.

Pengekodan Data

 

 

Salam Sejahtera,

 

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) merupakan sebuah pusat penyelidikan nasional di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, mempelawa tuan/puan yang berminat untuk menjadi pengekodan Data bagi kajian Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15) dan Pemetaan Belia Malaysia 2015 (PBM’15) yang akan bermula pada Jun 2015.

Tawaran yang diberikan adalah secara separuh masa (part time).

Syarat-syarat yang lain adalah: -
 
- Asas komputer & internet
 
- SPSS Statistics Software
 
- Komputer/Laptop
 
- 18 tahun keatas
 
- Mempunyai pengalaman dalam data entry
 
- Sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan akademik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Diploma atau mana-mana sijil kemahiran.

Mana-mana individu yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak IYRES.  Satu taklimat berkaitan latihan proses Pengekodan Data akan diadakan oleh pasukan penyelidik IYRES kepada calon yang berjaya. Tempoh masa bagi proses Pengekodan data adalah selama 7 hari (seminggu) dari tarikh penerimaan borang tersebut.

Calon yang berminat untuk menjadi pengekodan data IBM15 dan PBM15 boleh mendapatkan borang tawaran secara online (klik di sini) dan e-mel semula di atas talian Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 03-8871 3035 (Pn Mastura), 03-8871 3389 (En Rizal Sham) atau 03-8871 3235 (Cik Rozahidah Roslee).

Pemandu Kenderaan

FINALLOGO11022014x

PELUANG PEKERJAAN

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa warganegara yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di IYRES.

1.       JAWATAN DITAWARKAN

i)

Jawatan

:

Pemandu Kenderaan

ii)

Gred

:

H11

iii)

Kumpulan Perkhidmatan

:

Pelaksana

iv)

Taraf Jawatan

:

Tetap

2.       JADUAL GAJI     

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar

Kenaikan Gaji Tahunan

RM837.00

RM2,619.00

RM80.00

3.       SYARAT LANTIKAN

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada  tarikh tutup iklan
  2. Kelayakan Lantikan ke Gred  H11 :

Kelayakan Masuk      

:

Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Rendah Pelajaran (SRP)

Bidang/Kelayakan Khusus

:

Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

Gaji Permulaan            

:

H11: P1 RM896.15

Mengikut Kelas Lesen Memandu :

Lesen D

RM 896.15

Lesen E/E1/E2

RM 942.30

Lesen F/H

RM 988.45

DAN;

Syarat Lantikan Tambahan

:

Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/ F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];

Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini

Mempunyai pengalaman sebagai pemandu kenderaan jabatan

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan  adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan untuk melaksanakan tugasan seperti berikut :

i.       Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.

ii.      Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori,dumper, roller dan traktor pertanian.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

 

a.   Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web di www.ippbm.gov.my dan memuat turun borang permohonan. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada urus setia di alamat :

         PEGAWAI TADBIR,

         UNIT PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA,

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) ,

Aras 10, Menara KBS,

No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62570 Putrajaya

Tel    : 03 – 8871 3254/3753/3705

Faks  : 03 – 8871 3342

b.       Bagi pemohon yang ingin menghantar permohonan melalui e-mel, pemohon perlu menghantar borang yang lengkap diisi berserta ‘resume’ . Setiap permohonan melalui e-mel hendaklah dinyatakan “PERMOHONAN JAWATANN pada bahagian subjek e-mel bagi memudahkan permohonan ditapis. Permohonan boleh dihantar  ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

              atau;

c.       Hadir sendiri ke Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, seperti alamat dia atas

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. HANYA PERMOHONAN YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak selepas satu bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai TIDAK BERJAYA.
  3. Pemohon yang dipanggil temu dugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan untuk diserahkan kepada urus setia temu duga.
  4. Tarikh tutup permohonan ialah pada hari  AHAD, 30 November  2014.

Setiausaha Pejabat Gred N27

JAWATAN DITAWARKAN

 1)  Setiausaha Pejabat Gred N27 ( Contract For Service)

 

SYARAT LANTIKAN

a)  Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang 25 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. 

b)  Terbuka kepada lelaki atau wanita.

 

c)  Syarat Am:

      a)    Syarat Bahasa Melayu              :           Lulus dengan kepujian di peringkat SPM

      b)    Syarat Bahasa Inggeris            :           Lulus dengan kepujian di peringkat SPM

c)  Kelayakan

      (i)    Kelayakan Masuk                     :           Diploma

             Bidang/Kelayakan Khusus          :          Diploma Sains Kesetiausahaan daripada Institusi Pengajian Awam / Swasta atau politeknik-politeknik tempatan                                                                         

                                                                                    N27 : P1 RM1,361.14

Atau;

      (ii)    Kelayakan Masuk                        :          Diploma

             Bidang/Kelayakan Khusus             :          Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada Institusi Pengajian Awam atau Swasta

                                                                       N27 : RM1,661.95

Dan;

     (iii)   Syarat Lantikan Masuk               :           Berumur tidak kurang 25 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan  jawatan

     (iv)  Syarat Bahasa Melayu                 :           Lulus dengan kepujian di peringkat SPM

     (v)  Syarat Bahasa Inggeris                :           Lulus dengan kepujian di peringkat SPM

 

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan untuk melaksanakan tugasan seperti berikut :

i.  Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian Ketua Jabatan berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat menyurat, laporan dan pengurusan fail; dan

ii.  Bertanggungjawab memastikan semua keperluan rasmi Ketua Jabatan dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur

 

Syarat lain

  1. Calon yang pernah berkhidmat dan mempunyai pengalaman bekerja di bawah Ketua Jabatan yang menjalankan penyelidikan sosial akan diberi keutamaan

 

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a)    Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

b)    Hanya permohonan yang ditapis dan disenarai pendek  akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA SAHAJA perlu membawa dokumen-dokumen asal dan satu salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan yang telah dicetak untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

c)    Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak IPPBM selepas dua (2) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

 

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a.         Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web IPPBM di www.ippbm.gov.my dan memuat turun borang permohonan. Pemohon boleh menghantar borang yang lengkap diisi berserta ‘resume’ melalui e-mel ; atau

b.         Permohonan secara terus melalui Unit Pentadbiran & Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, IPPBM.

Sila kemukakan permohonan kepada:

 

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia,

Aras 10, Menara KBS,

No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62570 Putrajaya

 

Tel      : 03 – 8871 3254/3753/3705

Faks   : 03 – 8871 3342

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Jumaat, 30 Jan  2015

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

FINALLOGO11022014x

PELUANG PEKERJAAN

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa warganegara yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di IYRES.

1.       JAWATAN DITAWARKAN

i)

Jawatan

:

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

ii)

Gred

:

N17

iii)

Kumpulan Perkhidmatan

:

Pelaksana

iv)

Taraf Jawatan

:

Tetap

2.       JADUAL GAJI     

Gaji Minimum

Gaji Maksimum

Kadar

Kenaikan Gaji Tahunan

RM928.00

RM3,375.00

RM95.00

3.       SYARAT LANTIKAN

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada  tarikh tutup iklan
  2. Kelayakan Lantikan ke Gred N17 :

Kelayakan Masuk      

:

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bidang/Kelayakan Khusus

:

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

Gaji Permulaan            

:

N17: P1 RM928.00

DAN;

Syarat Lantikan Tambahan

:

Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas dalam tugas-tugas kewangan dan perakaunan

Mempunyai pengalaman membantu hal ehwal kewangan dan perakaunan

Syarat Bahasa Melayu       

:

Kepujian di peringkat SPM

Kepada anda yang berminat dan mempunyai kelayakan yang dinyatakan  adalah dialu-alukan untuk membuat permohonan untuk melaksanakan tugasan seperti berikut :

i.        Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi

ii.         Menjalankan tugas-tugas kewangan dan perakaunan

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

 

a.       Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web Idi www.ippbm.gov.mydan memuat turun borang permohonan. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada urus setia di alamat :

         PEGAWAI TADBIR,

         UNIT PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA,

        Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ( IYRES),

Aras 10, Menara KBS,

   No.27 Persiaran Perdana, Presint 4,

           Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

           62570 Putrajaya

          Tel    : 03 – 8871 3254/3753/3705

           Faks  : 03 – 8871 3342

b.       Bagi pemohon yang ingin menghantar permohonan melalui e-mel, pemohon perlu menghantar borang yang lengkap diisi berserta ‘resume’ . Setiap permohonan melalui e-mel hendaklah dinyatakan “PERMOHONAN JAWATAN I) pada bahagian subjek e-mel bagi memudahkan permohonan ditapis. Permohonan boleh dihantar  ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

        

         atau;

c. Hadir sendiri ke Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,seperti alamat dia atas

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Permohonan akan melalui tapisan terlebih dahulu. HANYA PERMOHONAN YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIPANGGIL UNTUK TEMUDUGA.
  2. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak selepas satu bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai TIDAK BERJAYA.
  3. Pemohon yang dipanggil temu dugaperlu membawa dokumen-dokumen asal dan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN berserta dengan borang permohonan untuk diserahkan kepada urus setia temu duga.
  4. Tarikh tutup permohonan ialah pada hari  AHAD, 30 November  2014.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.