- Home
- INTELLECTUAL PROGRAMMES
- Youth Round-Table Conference
Persidangan Meja Bulat Belia
Sebuah program yang dilaksanakan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan kajian-kajian IYRES atau isu semasa yang melanda golongan belia.
- Objektif am pelaksanaan RTD:
- Menyediakan platform bagi memberi penerangan dan maklumat yang jelas kepada peserta;
- Membuka peluang kepada peserta untuk menyuarakan idea, pandangan, cadangan atau maklumbalas berkaitan isu yang dibincangkan;
- Merumuskan input yang diterima dari kalangan peserta untuk dijadikan sebagai dokumen untuk diketengahkan kepada peringkat yang lebih tinggi; dan
- Mendokumenkan padangan dan maklum balas peserta untuk penggubalan dan penambahbaikan dasar serta sebagai rujukan.
- Kaedah pelaksanaan RTD:
- Program tersebut akan dikendalikan seorang moderator yang dilantik oleh pihak IYRES. Beliau akan memandu program tersebut berkaitan perjalanan program kepada para peserta dan turut membantu panel jemputan dalam melaksanakan pembentangan masing-masing. Di akhir program tersebut, moderator akan membacakan resolusi yang telah dirumuskan daripada input peserta untuk pengesahan sebelum diangkat sebagai dokumen keperingkat yang lebih tinggi.
- Outcome Pelaksanaan RTD:
- Penyerlahan potensi IYRES dalam menyediakan platform perbincangan isu pembangunan belia Malaysia.
- Meningkatkan pengetahuan masyarakat khususnya golongan belia berkaitan perancangan dan intervensi pemerkasaan pembangunan belia.
- Merumuskan input yang diterima dari kalangan peserta dan dijadikan dokumen untuk diketengahkan kepada peringkat tertinggi
- Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta untuk penggubalan dan penambahbaikan dasar serta sebagai rujukan.