kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Youth as Researchers 2026

Penyelidik MudaSuaraMasa Depan

Youth As Researchers (YAR) merupakan sebuah inisiatif program yang telah dilaksanakan di peringkat antarabangsa oleh pihak UNESCO bagi menyemarakkan semangat penyelidikan dalam kalangan belia. Oleh yang demikian, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mewujudkan pertandingan bercorakkan penyelidikan di mana belia perlu menghasilkan penulisan rencana, penyediaan video kreatif dan infografik penyelidikan menggunakan hasil dapatan kajian dan statistik IYRES. Matlamat utama program ini adalah meningkatkan literasi penyelidikan dan menerapkan budaya penyelidikan berpacukan data bagi memperkasa pembangunan golongan belia Malaysia.

Penulisan Rencana

1. Penulisan rencana hendaklah relevan dengan tema “Penyelidik Muda Suara Masa Depan” dengan memilih salah satu sub-tema seperti di bawah:

Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial

Budaya, Identiti, Jati Diri Dan Kepimpinan Belia

Pendigitalan dan Masa Depan Pekerjaan

Belia, Literasi Kewangan dan Kesejahteraan Ekonomi

Pendidikan dan Latihan Kemahiran Masa Hadapan

2. Penulisan rencana wajib menggunakan mana-mana hasil dapatan kajian atau statistik yang dibekalkan pihak penganjur:

Portal IYRES (https://www.iyres.gov.my/penyelidikan/senarai-penyelidikan)

Hub Statistik (Sistem Ydata) (https://ydata.iyres.gov.my)

Asia-Pacific Journal of Youth Studies (APJYS) 

dataCATCH@IYRES (Media Sosial IYRES)

3. Rencana yang ditulis merupakan karya asli penulis dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan jurnal, prosiding atau seumpamanya sama ada di dalam atau luar negara;

4. Pihak IYRES berhak membatalkan penyertaan jika didapati hasil rencana merupakan plagiat, ciplak dan terjemahan;

5. Semua rencana yang diterbitkan adalah hak milik mutlak IYRES. Pihak IYRES berhak menerbitkan rencana ini dalam pelbagai bentuk untuk tujuan ilmiah; dan

6. Penulis tidak dibenarkan mengeluarkan ulangan mana-mana bahagian rencana/ ilustrasi dan isi karangan dalam apa juga bentuk sebelum mendapat kebenaran daripada pihak IYRES.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.