Accessibility Tools

E-sukan mampu sumbang pingat di Sukan Asia 2026 - Adam Adli

There is no translation available.

PUTRAJAYA: Sukan elektronik (e-sukan) dijangka mampu menyumbang kutipan pingat buat kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.

Adam berkata ia memandangkan skuad e-sukan negara sudah berpengalaman beraksi di temasya berprestij itu selain mempunyai kekuatan dalam beberapa acara sukan berkenaan.

Beliau berkata Malaysia Esports League (MEL), Esports Integrated (ESI) dan Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) juga telah bekerjasama memulakan persiapan ke Sukan Asia tahun depan bagi menyediakan barisan atlet yang bakal menggalas cabaran.

"Kita tahu ada banyak juga permainan yang jarang didengar dan dimainkan oleh Malaysia, tapi ada komitmen daripada MESF, dibantu ESI, MEL dan KBS untuk kita bangunkan di peringkat akar umbi yang sekurang-kurangnya boleh cari potensi dan slot dalam Sukan Asia bagi permainan yang belum menjadi kebiasaan kita.

"Kita mahu usaha untuk sertai semaksima mungkin sebab e-sukan antara kekuatan kita ... kita ada pengalaman, jadi kita yakin kalau beri tumpuan dan buka peluang tingkatkan kerjasama dengan pihak berkepentingan, kita mampu bawa lebih banyak pingat daripada Sukan Asia," katanya.

Beliau berkata demikian pada PUBG MOBILE Super League (PMSL) SEA Spring 2025 Final yang turut dihadiri presiden MESF Muhammad Naim Al-Amin, di sini, hari ini.

Pada Februari lepas, Majlis Olimpik Asia (OCA) mengumumkan senarai 11 acara e-sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan Asia ke-20 di Aichi-Nagoya.

Pengumuman itu dibuat susulan mesyuarat tergempar dalam talian Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara berikut bagi Sukan Asia 2026.

Acara itu ialah Competitive Martial Arts (Berpasukan), Pokemon Unite, Honor of Kings, League of Legends, PUBG Mobile (Versi Sukan Asia), Mobile Legends: Bang Bang, Identity V (Versi Sukan Asia), Naraka: Bladepoint, Gran Turismo 7, Efootball Series dan Puyo Puyo Champions.

Sumber: Berita Harian

Pautan: https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/03/1373384/e-sukan-mampu-sumbang-pingat-di-sukan-asia-2026-adam-adli

 

CONTACT US

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Ministry of Youth and Sports
Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana
Precinct 4, Federal Government Administrative Centre
62570 Putrajaya.

POPULAR ARTICLE

For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
434986
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List