Accessibility Tools

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia

There is no translation available.

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah menerusi pendekatan bersepadu serta kerjasama strategik dengan pelbagai agensi.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata KBS bekerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi merangka beberapa inisiatif holistik.

"Antara langkah awal, KBS telah berjumpa dengan pihak PDRM untuk membincangkan trend dan kebimbangan mengenai isu ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi taklimat Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental di HKL pada Khamis.

Sesi taklimat itu bagi merancang dan mempergiatkan agenda advokasi berfokuskan empat komponen utama iaitu kesan penggunaan bahan, corak penggunaan dadah, sistem rawatan perkhidmatan yang disediakan serta perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam berserta jenis intervensi.

Program ini dirancang secara interaktif untuk mendidik belia tentang risiko penyalahgunaan dadah, kaedah mendapatkan bantuan dan kepentingan sokongan psikososial melalui aktiviti seperti forum, simulasi dan kempen digital.

Hannah berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, hampir 50 peratus daripada pesakit yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah golongan belia, berusia antara 15 hingga 30 tahun.

"Melalui bahan kesedaran yang ingin diwujudkan, kita nak mereka tahu bahawa ini adalah satu trend yang membahayakan, dan kita ingin memperkasakan ibu bapa termasuk rakan sebaya bagaimana mendapatkan bantuan setelah melihat simptom seperti ini," katanya, sambil menambah KBS juga akan memperluaskan kerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Agensi Antidadah Kebangsaan dan badan bukan kerajaan.

Sumber: BERNAMA, Astro Awani

Pautan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kbs-tingkat-usaha-tangani-isu-penyalahgunaan-dadah-dalam-kalangan-belia-511401

 

CONTACT US

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Ministry of Youth and Sports
Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana
Precinct 4, Federal Government Administrative Centre
62570 Putrajaya.

POPULAR ARTICLE

For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
434986
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List