Accessibility Tools

Sesi Perbincangan Hasil Pra Pascanilai Kajian Dan Cadangan Pelaksanaan Program Felo Perdana 2026

There is no translation available.

PUTRAJAYA, 14 OKTOBER 2025 – Satu sesi perbincangan hasil Pra Pascanilai Kajian dan Cadangan Pelaksanaan Program Felo Perdana telah diadakan bagi meneliti hasil dapatan serta menambah baik pelaksanaan program pada tahun 2026. Sesi ini diadakan sebagai persediaan awal sebelum pembentangan rasmi oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) kepada YB Menteri KBS.

Perbincangan memberi tumpuan kepada penambahbaikan pelaksanaan program, khususnya dalam aspek pemilihan peserta, reka bentuk modul latihan, serta impak terhadap pembangunan kepimpinan belia. Program Felo Perdana merupakan inisiatif KBS bagi memberi peluang kepada belia untuk menimba pengalaman secara langsung bersama kepimpinan tertinggi negara, ke arah melahirkan barisan pemimpin muda yang berwibawa dan berdaya saing.

 

CONTACT US

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Ministry of Youth and Sports
Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana
Precinct 4, Federal Government Administrative Centre
62570 Putrajaya.

POPULAR ARTICLE

For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
434980
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List