Accessibility Tools

Tempahan Kemudahan KBS Kini Lebih Mudah Dengan JomPAY

There is no translation available.

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh hari ini melancarkan JomPAY sebagai mod pembayaran tambahan dalam Sistem Tempahan Fasiliti (STF).

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan memaklumkan pengenalan mod pembayaran melalui JomPAY merupakan langkah Kerajaan MADANI ke arah pendigitalan dan pemodenan perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan mesra rakyat.

“Pengenalan kaedah ini selari dengan nilai teras daya cipta dan kesejahteraan dalam kerangka Malaysia MADANI dengan memperkenalkan inovasi digital yang memudahkan urusan rakyat.

“(Ia juga) meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam selain dari turut menyumbang kepada peningkatan ketelusan dalam kutipan hasil kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut KBS, melalui penambahbaikan itu, pengguna tidak perlu hadir ke kaunter secara fizikal sebaliknya membuat pembayaran secara dalam talian bagi pembayaran tempahan kemudahan di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) seperti Kompleks Belia dan Sukan, Kompleks Rakan Muda, Kompleks Sukan Komuniti dan Kompleks Sukan.

“Untuk menggunakan kaedah JomPAY, pengguna perlu memastikan Biller Code yang dipilih bagi tujuan pembayaran adalah milik kemudahan/kompleks yang ditempah,” menurut kenyataan itu. 

KBS berharap kemudahan pembayaran ini dapat meningkatkan penggunaan kemudahan JBSN di seluruh negara selari dengan hasrat kerajaan untuk merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat. 

Maklumat lanjut berkenaan tempahan kemudahan dan fasiliti JBSN boleh diakses melalui pautan rasmi STF KBS https://stf.kbs.gov.my/ks_user/login.php dengan sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Sekretariat STF di talian 03-8871 3741/3114 atau e-mel anuar.h@kbs.gov.my

Sumber: Bernama

Pautan: BERNAMA - Tempahan Kemudahan KBS Kini Lebih Mudah Dengan JomPAY

 

CONTACT US

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Ministry of Youth and Sports
Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana
Precinct 4, Federal Government Administrative Centre
62570 Putrajaya.

POPULAR ARTICLE

For the best experience, use popular browsers like Firefox, Chrome, Safari, or Opera at a resolution of 1920 x 1080 pixels.
Last Updated :
434985
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List