PUTRAJAYA, 5–8 Januari 2026 – Bengkel Ujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Test – UAT) Siri 1/ 2026 bagi Sistem Dashboard Belia telah selesai dilaksanakan bertempat di LOKASiDEA, Shaftsbury Putrajaya.Bengkel ini melibatkan pihak Data Bolt Sdn. Bhd. dan pasukan IYRES daripada Cawangan Pengurusan Data dan Teknologi Maklumat bagi menguji serta memastikan kefungsian sistem memenuhi keperluan dan peranan pengguna sistem. Modul-modul baharu dan sedia ada telah diuji dan dikenal pasti sepanjang bengkel untuk penambahbaikan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan penggunaan Sistem Dashboard Belia.
CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Ministry of Youth and Sports
Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.







