𝐁𝐀𝐍𝐆𝐈, 𝟐–𝟒 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Bengkel Ujian Penerimaan Pengguna (𝘜𝘴𝘦𝘳 𝘈𝘤𝘤𝘦𝘱𝘵𝘢𝘯𝘤𝘦 𝘛𝘦𝘴𝘵 – 𝘜𝘈𝘛) Siri 2/2026 bagi Sistem Dashboard Belia telah berjaya dilaksanakan di Bangi Golf Resort sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan UAT Siri 1 yang telah diadakan sebelum ini. Bengkel ini melibatkan pihak Data Bolt Sdn. Bhd. dan pasukan IYRES daripada Cawangan Pengurusan Data dan Teknologi Maklumat bagi menguji, menilai serta memastikan kefungsian sistem memenuhi keperluan mengikut peranan pengguna. Sepanjang bengkel berlangsung, modul-modul baharu dan sedia ada telah diteliti serta diuji secara menyeluruh. Beberapa aspek penambahbaikan turut dikenal pasti bagi memastikan Sistem Dashboard Belia dapat berfungsi dengan lebih lancar, efektif dan mesra pengguna.
CONTACT US
INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA Ministry of Youth and Sports
Level 10, KBS Tower No. 27 Persiaran Perdana Precinct 4, Federal Government Administrative Centre 62570 Putrajaya.







