There is no translation available.
𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟏𝟓 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Sesi Pemurnian Dokumen Kualiti IYRES bagi Pensijilan ISO 9001:2015 Siri 1 telah diadakan bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) IYRES mematuhi keperluan standard ISO 9001:2015. Sesi ini dilaksanakan oleh konsultan dari MA Certification Sdn. Bhd., iaitu Encik Mohd Farhan Hussin dan Puan Nur Annisa Mohd Arif. Semua pemegang dokumen dan pegawai IYRES terlibat dalam sesi pemurnian ini. Majlis dirasmikan oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES.







