kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BELIA UNTUK TERLIBAT DALAM MASALAH SOSIAL: KAJIAN KES DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS)

Penglibatan pelajar dalam masalah sosial bukanlah merupakan isu yang baru di Malaysia. Sekiranya penglibatan pelajar ini tidak dibendung, maka terdapat kecenderungan untuk terlibat dengan tingkah laku berisiko sehingga membawa kepada perlakuan jenayah. Salah satu objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti penglibatan pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dalam masalah sosial dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Selain itu, kajian juga bertujuan meneliti perbezaan lima masalah sosial utama dengan tempat pengajian. Kajian ini telah dijalankan di 21 buah ILKBS di seluruh Malaysia dengan jumlah sampel yang disasarkan adalah seramai 3,093 orang pelajar yang mengikuti pengajian di ILKBS bagi pengambilan tahun 2017 dan 2018. Dari segi penglibatan dalam masalah sosial pula, didapati bahawa merokok (28.7%), lumba haram (9.4%) dan melayari laman web lucah (8.4%) merupakan aktiviti utama yang dilakukan oleh pelajar. Hasil analisis cross tabulation menunjukkan responden dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar mencatatkan peratusan tertinggi bagi aktiviti merokok dan clubbing manakala responden dari Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara (IKTBN) Dusun Tua mencatatkan peratusan tinggi bagi aktiviti melayari laman web lucah. Seterusnya responden dari Akademi Kemahiran Belia Golf merekodkan peratusan tinggi bagi aktiviti lumba haram dan ponteng kelas. Dapatan kajian turut menunjukkan lima faktor yang mendorong pelajar terlibat dalam masalah sosial tersebut adalah disebabkan oleh faktor ingin mencuba (47.4%), pengaruh rakan (42.3%) dan melepaskan geram (28.0%). Justeru, pendekatan bersepadu melibatkan pihak pengurusan dan pelajar pastinya dapat membantu mengawal masalah sosial tersebut dari terus meningkat.

Kata Kunci: Penglibatan dalam masalah sosial, faktor mempengaruhi

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.