kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Piagam Integriti Penyelidikan IYRES

Pertama

Berjanji melaksanakan penyelidikan, perkhidmatan penyelidikan dan bertindak sebagai Think Tank mengikut polisi integriti dan etika penyelidikan.

Kedua

Memastikan perancangan dan pelaksanaan penyelidikan adalah berlandaskan kepada keperluan penyelidikan.

Ketiga

Memastikan misi pelaksanaan penyelidikan adalah untuk memberi keutamaan kepada pembangunan belia dan masyarakat.

Keempat

Memastikan pelaksanaan penyelidikan dan perkhidmatan penyelidikan mematuhi peraturan, dasar, prosedur dan ISO pengurusan kewangan dengan telus dan bertanggungjawab.

Kelima

Memastikan pelaksanaan penyelidikan dan perkhidmatan penyelidikan berlandaskan undang-undang dan mempunyai akauntabiliti kepada stakeholder dan pihak yang terlibat dengan pembangunan belia.

Keenam

Memastikan pelaksanaan penyelidikan dan perkhidmatan penyelidikan tidak memihak dan bertolak ansur kepada mana-mana pihak secara individu/ organisasi.

Ketujuh

Memastikan hasil penyelidikan tidak menyembunyikan apa-apa fakta, bersifat tulen, telus dan tidak berkepentingan.

Kelapan

Memastikan penghasilan hasil penyelidikan/ data yang mempunyai integriti dan bertanggungjawab menginterpretasikan hasil penyelidikan/ data secara tepat.

HUBUNGI KAMI

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

HIPERANGKAI