kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Persidangan Meja Bulat Siri 1/2021 : Gelombang Pengundi Muda - #Tonggak Negara

 

Gelombang Pengundi Muda

 

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama UNITAR International University akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat (RTD) Siri 1/2021: Gelombang Pengundi Muda #TonggakNegara. Persidangan ini akan dilaksanakan secara fizikal dan juga webinar demi mengupas topik aspirasi anak muda dalam menentukan landskap politik negara. Ia juga bertujuan untuk mengumpul idea, pandangan dan cadangan golongan belia bagi mengangkat suara dan hasrat pengundi muda dalam menentukan hala tuju kepimpinan negara.

Ayuh sertai Persidangan Meja Bulat (RTD) Siri 1/2021 : Gelombang Pengundi Muda #TonggakNegara!

Penyertaan secara fizikal

Tarikh : 10 April 2021 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Auditarium, UNITAR International University
Pemakaian : Smart Casual

Peserta Luar Lembah Klang (Webinar)


Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pegawai kami En. Shah Romnizam Ramli (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) dan En. Mohamad Saifful Hassan (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) sedia membantu di talian 03-8871 3335/ 3349.

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ATURCARA PROGRAM

KLIK DI SINI UNTUK PENDAFTARAN WEBINAR

Persidangan Meja Bulat Belia

Sebuah program yang dilaksanakan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan kajian-kajian IYRES atau isu semasa yang melanda golongan belia. 

  1. Objektif am pelaksanaan RTD:
  • Menyediakan platform bagi memberi penerangan dan maklumat yang jelas kepada peserta;
  • Membuka peluang kepada peserta untuk menyuarakan idea, pandangan, cadangan atau maklumbalas berkaitan isu yang dibincangkan;
  • Merumuskan input yang diterima dari kalangan peserta untuk dijadikan sebagai dokumen untuk diketengahkan kepada peringkat yang lebih tinggi; dan
  • Mendokumenkan padangan dan maklum balas peserta untuk penggubalan dan penambahbaikan dasar serta sebagai rujukan.
  1. Kaedah pelaksanaan RTD:
  • Program tersebut akan dikendalikan seorang moderator yang dilantik oleh pihak IYRES. Beliau akan memandu program tersebut berkaitan perjalanan program kepada para peserta dan turut membantu panel jemputan dalam melaksanakan pembentangan masing-masing. Di akhir program tersebut, moderator akan membacakan resolusi yang telah dirumuskan daripada input peserta untuk pengesahan sebelum diangkat sebagai dokumen keperingkat yang lebih tinggi.
  1. Outcome Pelaksanaan RTD:
  • Penyerlahan potensi IYRES dalam menyediakan platform perbincangan isu pembangunan belia Malaysia.
  • Meningkatkan pengetahuan masyarakat khususnya golongan belia berkaitan perancangan dan intervensi pemerkasaan pembangunan belia.
  • Merumuskan input yang diterima dari kalangan peserta dan dijadikan dokumen untuk diketengahkan kepada peringkat tertinggi 
  • Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta untuk penggubalan dan penambahbaikan dasar serta sebagai rujukan.

 

2022 seminar belia

2022 simposim pemikir muda

2021 rtd 1 2021

 

 

round table discussion 2020 round table discussion 2020 round table discussion 2020 round table discussion 2019 round table discussion 2018

 

round table discussion 2017 round table discussion 2016 round table discussion 2015 round table discussion 2014 round table discussion 2013

 

Persidangan Meja Bulat Siri 1/2020 : Sosialisasi Politik Belia – Bersedia Atau Muak?

rtd sosialisasi politik

Dengan hormatnya saya mohon menarik perhatian YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan kepada perkara tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) akan menganjurkan Program Persidangan Meja Bulat Siri 1/2020 dengan membawa topik Sosialisasi Politik Belia – Bersedia atau Muak? yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 November 2020 (Sabtu)

Masa : 9.30 pagi – 1.00 petang

Platform : ZOOM Webinar

3.         Untuk makluman YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan, objektif utama program ini adalah menyediakan platform kepada masyarakat dan khususnya golongan belia dalam memberi penerangan dan maklumat yang jelas berkaitan landskap sosialisasi politik belia di Malaysia. Program ini juga melibatkan penyertaan daripada pegawai kementerian, agensi, dan juga belia.

4.            Bersama ini disertakan aturcara program sebagai rujukan YBhg. Datuk / Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan. Kerjasama YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan adalah dimohon agar dapat mendaftarkan butiran diri di link zoom sebelum atau pada 20 November 2020 (Jumaat) agar pihak IYRES dapat menyelaras kehadiran peserta.

5.            Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pegawai kami En. Shah Romnizam Bin Ramli (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) dan En. Mohamad Saifful Hassan (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) sedia membantu di talian 03-8871 3335. Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat seminar, pihak IYRES akan memaklumkan dari semasa ke semasa kepada YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan.

Perhatian dan sokongan yang diberikan oleh YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat

Klik untuk muat turun aturcara Persidangan Meja Bulat Siri 1/2020 : Sosialisasi Politik Belia – Bersedia atau Muak?

Pertandingan Penulisan Rencana, Video Kreatif dan Infografik Penyelidikan Youth As Researchers (YAR)     

Poster YAR24

PENGENALAN

Youth As Researchers (YAR) merupakan sebuah inisiatif program yang telah dilaksanakan di peringkat antarabangsa oleh pihak UNESCO bagi menyemarakkan semangat penyelidikan dalam kalangan belia. Oleh yang demikian, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mewujudkan pertandingan bercorakkan penyelidikan di mana belia perlu menghasilkan penulisan rencana, penyediaan video kreatif dan infografik penyelidikan menggunakan hasil dapatan kajian dan statistik IYRES. Matlamat utama program ini adalah meningkatkan literasi penyelidikan dan menerapkan budaya penyelidikan berpacukan data bagi memperkasa pembangunan golongan belia Malaysia.

OBJEKTIF PROGRAM
Antara objektif yang ingin dicapai melalui pelaksanaan program ini ialah: 
 
i.  Meningkatkan literasi dan menggalakkan generasi belia melibatkan diri dalam penyelidikan;
ii.  Meningkatkan keyakinan dan keupayaan belia dalam mengemukakan pandangan dan suara belia berdasarkan bukti empirikal;
iii.  Meningkatkan budaya “inquiry mind” menerusi pembudayaan penyelidikan dalam kalangan belia; dan
iv.  Mengiktiraf generasi muda dalam memperkasakan pembangunan belia positif.
 
TEMA DAN SUB TEMA YAR
 
Tema : “Belia Kreatif, Masa Depan Progresif"
 
Sub Tema:
 
1. Sosial
Merangkumi isu dan cabaran pendidikan, gejala sosial, kerohanian dan keagamaan, nilai murni, jati diri dan perpaduan, kesukarelawanan, kesihatan mental dan fizikal, institusi kekeluargaan, sentuhan insaniah dan institusi masyarakat.  
 
2. Ekonomi
Merangkumi isu dan cabaran kos sara hidup, budaya keusahawanan, kemahiran, pekerjaan, belia miskin bandar, migrasi semula dan kewangan peribadi.
 
3. Politik
Merangkumi isu dan cabaran literasi politik, kematangan politik, kepimpinan, pemikiran global dan hubungan dalam Komuniti ASEAN dan Antarabangsa.
 
4. Teknologi
Merangkumi isu dan cabaran teknologi maklumat dan komunikasi, media digital atau sosial, inovasi dan kreativiti serta sains dan teknologi.
 
*Maklumat perincian Tema dan Sub Tema boleh merujuk Model Pembangunan Belia Madani 2030 dan Dasar Belia Malaysia 2015

 

TERMA DAN SYARAT
 
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 15 hingga 30 tahun.
 
  • Penulisan rencana dan penghasilan video kreatif mestilah menggunakan mana-mana hasil dapatan kajian IYRES atau maklumat yang terkandung di dalam Senarai Rujukan YAR yang dilampirkan di dalam borang pendaftaran YAR.
 
  • Terdapat 3 Kategori penyertaan YAR seperti berikut:
  1. Penulisan Rencana
  2. Penghasilan Video Kreatif (Tik Tok)
  3. Infografik Penyelidikan
 
  • Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan berdasarkan salah satu kategori di atas, tetapi hanya layak memenangi hadiah salah satu kategori sahaja.
 
  • Setiap penyertaan WAJIB menggunakan borang penyertaan yang disediakan. Borang tersebut boleh dilayari melalui pautan berikut: https://bit.ly/reg_YAR
 
  • Rencana yang ditulis dan infografik yang disediakan mestilah karya asli penulisan peserta dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan. Unsur plagiat adalah dilarang sama sekali dan pihak penganjur berhak untuk membatalkan atau menarik balik hadiah yang dimenangi peserta. Manakala penghasilan video mestilah tidak menyentuh sensitiviti melibatkan etnik/agama/perundangan raja-raja serta penggunaan bahasa mestilah bahasa yang sopan.
 
  • Semua penyertaan akan menjadi hak milik Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan tidak akan dikembalikan kepada peserta. Pihak IYRES mempunyai hak untuk meminda, menyunting dan menggunakan artikel yang terpilih untuk diterbitkan ke dalam mana-mana platform terbitan/media IYRES atau Akhbar Tempatan.
 
  • Peserta boleh menghantar penyertaan penulisan rencana dan video kreatif sehingga 25 November 2024. Pihak penganjur hanya akan menerima artikel dan video pendek yang dihantar melalui borang pendaftaran Youth As Researchers IYRES sahaja.
 
  • Sekiranya penyertaan dalam bentuk kumpulan, mereka mestilah menyatakan nama ketua kumpulan dan melampirkan maklumat ahli kumpulan di dalam borang pendaftaran YAR. Pastikan umur ahli kumpulan adalah dalam kategori umur yang sama.
 
  • Peserta boleh memohon mana-mana bantuan kepakaran dalam bidang penulisan rencana. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran token/perkhidmatan kepada pakar yang dirujuk, perlulah ditanggung oleh peserta sendiri dan bukan dalam tanggungan pihak penganjur. 
 
  • Kepada peserta terbaik mengikut kategori umur bagi penulisan rencana, penghasilan video kreatif dan infografik penyelidikan, surat jemputan akan dihantar untuk menghadiri Majlis Penganugerahan YAR untuk menentukan pemenang utama.
 
  • Majlis Penganugerahan YAR akan dilaksanakan pada bulan Disember 2024 (mengikut perubahan dari semasa ke semasa) yang akan dimaklumkan kepada peserta terbaik sahaja untuk dihadiri. Maklumat lokasi dan masa program akan dimaklumkan oleh urus setia YAR melalui emel.
 
  • Setiap penyertaan perlu memuat naik Rencana secara SOFTCOPY berformat .doc atau .docx (Microsoft Word) sahaja. Peserta tidak perlu menjilidkan artikel yang dihantar dengan apa-apa kaedah penjilidan.
 
  • Bagi penyediaan Video Kreatif, ia mestilah menggunakan aplikasi Tik Tok berdurasi antara 1 hingga 3 minit termasuk kredit. Peserta perlu melampirkan pautan video ke dalam borang pendaftaran YAR. Pastikan akaun Tik Tok yang digunakan untuk memuatnaik Video Kreatif tersebut adalah "Public".
 
  • Manakala bagi penyediaan Infografik Penyelidikan, ia mestilah memuat naik infografik tersebut tidak melebihi 10MB berformat PDF, JPEG atau PNG.
  
  • Sebarang pertanyaan lanjut, peserta boleh menghubungi wakil penganjur di talian 03- 8871 3335/ 3349.
 
HADIAH MENGIKUT KATEGORI
 
  • Pemenang bagi pertandingan penulisan rencana, video kreatif dan infografik penyelidikan akan menerima hadiah seperti berikut:
 
Penulisan Rencana
Umur 15 – 18 Tahun
Tempat Pertama  : RM1,000.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-2        : RM700.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-3        : RM500.00 + Sijil Penyertaan
Saguhati              : RM150.00 + Sijil Penyertaan
 
 
Umur 19 – 24 Tahun
Tempat Pertama     : RM1,000.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-2           : RM700.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-3           : RM500.00 + Sijil Penyertaan
Saguhati              : RM150.00 + Sijil Penyertaan
 
Umur 25 – 30 Tahun
Tempat Pertama  : RM1,000.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-2        : RM700.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-3        : RM500.00 + Sijil Penyertaan
Saguhati              : RM150.00 + Sijil Penyertaan
 
Video Kreatif (TikTok)
Umur 15 – 18 Tahun
Tempat Pertama  : RM1000.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-2        : RM700.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-3        : RM500.00 + Sijil Penyertaan
Saguhati              : RM150.00 + Sijil Penyertaan
 
Umur 19 – 24 Tahun
Tempat Pertama  : RM1000.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-2        : RM700.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-3        : RM500.00 + Sijil Penyertaan
Saguhati              : RM150.00 + Sijil Penyertaan
 
Umur 25 – 30 Tahun
Tempat Pertama  : RM1000.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-2        : RM700.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-3        : RM500.00 + Sijil Penyertaan
Saguhati              : RM150.00 + Sijil Penyertaan
 
Infografik Penyelidikan
Umur 15 – 18 Tahun
Tempat Pertama  : RM1000.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-2        : RM700.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-3        : RM500.00 + Sijil Penyertaan
Saguhati              : RM150.00 + Sijil Penyertaan
 
Umur 19 – 24 Tahun
Tempat Pertama  : RM1000.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-2        : RM700.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-3        : RM500.00 + Sijil Penyertaan
Saguhati              : RM150.00 + Sijil Penyertaan
 
Umur 25 – 30 Tahun
Tempat Pertama  : RM1000.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-2        : RM700.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ke-3        : RM500.00 + Sijil Penyertaan
Saguhati              : RM150.00 + Sijil Penyertaan
 
FORMAT PENJURIAN
 
  • Setiap penyertaan akan dinilai oleh juri yang dilantik dalam Jawatankuasa Penilaian YAR. Juri berhak untuk menolak/membatalkan penyertaan yang tidak mematuhi format dan peraturan yang telah ditetapkan.
 
  • Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan diterima. Juri-juri adalah terdiri daripada ahli pakar mengikut bidang yang berkaitan. Format penjurian adalah seperti berikut:
 
Penulisan Rencana:
a. Isi & Olahan                               16%
b. Analisis/ Fakta                            32%
c. Gaya Bahasa                               14%
d. Idea                                            14%
e. Rujukan                                      20%
f. Ejaan dan Tatabahasa                    4%
-----------------------------------------
JUMLAH                                     100%
 
Penghasilan Video Kreatif (TikTok):
a. Isi & Olahan                               30%
b. Persembahan & Penyampaian  30%
c. Kreativiti                                     20%
d. Pakaian & Props                        20%
-----------------------------------------
JUMLAH                                     100%
 
Infografik Penyelidikan:
a. Isi & Olahan                              40%
b. Data Infografik                          20%
c. Keaslian & Kreativiti                  20%
d. Rekabentuk                               10%
e. Persembahan maklumat            10%
-----------------------------------------
JUMLAH                                     100%
 
PENAFIAN
 
  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
 
  • Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati rencana, video kreatif dan infografik penyelidikan yang dihantar adalah tidak asli, diplagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
 
  • Pihak penganjur juga boleh mengambil tindakan terhadap peserta bagi kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap peserta bagi kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh peserta atas dakwaan hasil karya tiruan.
 
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas hasil karya yang dipertandingkan sekiranya hasil karya tersebut terlibat dalam apa-apa masalah perundangan.
 
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga dan/atau apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
 
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta bersetuju membebaskan pihak penganjur dari apa-apa tindakan undang-undang yang disebabkan oleh hasil karya tersebut.
MEKANISME PELAKSANAAN YAR
 
MekanismeYAR
 
 
Penyediaan
 
PENULISAN RENCANA
 
  • Artikel ditulis menggunakan perisian Microsoft Word dan dihantar dalam format .doc atau .docx.
  • Artikel boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Panjang artikel adalah 250 hingga 500 patah perkataan.
  • Artikel mempunyai tajuk yang ringkas dan menarik. Penulisan artikel MESTI menggunakan mana-mana hasil dapatan kajian IYRES atau statistik IYRES.
  • Tajuk Artikel MESTI menggunakan tulisan Arial Black saiz 16, Bold dan HURUF BESAR. Manakala bagi penulisan artikel menggunakan tulisan Cambria saiz 12, langkau 1.15 dan perbezaan 1 single spacing.
  • Setiap bahan grafik (cth: gambar) mestilah membawa maksud yang sama dengan penulisan artikel. Sekiranya bahan grafik di ambil daripada internet, sila nyatakan pautan sumber kepada sumber bahan tersebut tanpa perlu menyertakannya dalam teks artikel.
  • Pengenalan perlu ringkas dan padat. Penulisan yang baik adalah penulisan yang boleh memberi pencerahan kepada sesuatu isu. Penulisan boleh berbentuk kritikal tetapi tidak boleh menyentuh isu sensitif melibatkan agama dan etnik yang boleh mengganggu perpaduan dan kesejahteraan awam.
PENGHASILAN VIDEO KREATIF

 

Setiap penyertaan mengikut kategori perlu menyediakan video pendek mengikut kreativiti masing-masing. Video tersebut perlu mempunyai maklumat seperti berikut:

  • Memaparkan logo IYRES
  • Bahasa yang digunakan adalah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Resolusi minimum adalah 720p dan ke atas manakala aspect ratio video adalah mengikut kesesuaian aplikasi Tik Tok.
  • Durasi masa video adalah 1 hingga 3 minit.
  • Bahan video yang dihasilkan perlu mempunyai kualiti gambar dan audio yang baik dan jelas.
  • Pastikan akaun yang mengandungi video tersebut tidak “private”.
  • Video MESTI dihantar melalui pautan berikut: https://bit.ly/reg_YAR
  • Penghasilan video mestilah asli dan tidak pernah dikormesialkan, dipaparkan atau dikemukakan ke mana-mana media.
  • Video yang dihantar kepada pihak penganjur tidak boleh ditukar.

 

INFOGRAFIK PENYELIDIKAN
 
Setiap penyertaan mengikut kategori perlu menyediakan infografik penyelidikan mengikut kreativiti masing-masing. Infografik tersebut perlu mempunyai maklumat seperti berikut:
 
  • Perlu meletakkan logo IYRES di dalam penghasilan infografik penyelidikan.
  • Penghasilan Infografik Penyelidikan MESTI menggunakan mana-mana hasil dapatan kajian IYRES atau statistik IYRES. Peserta perlu meletakkan sumber rujukan di dalam infografik tersebut.
  • Penghasilan infografik menggunakan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
  • Infografik mestilah hasil ciptaan sendiri dan tidak diciplak dari Internet atau lain-lain sumber.
  • Watermark pada infografik tidak dibenarkan. 
  • Penyediaan infografik mestilah dalam bentuk (A3) 42.0 CM X 29.7 CM (landskap atau potret), bersaiz tidak melebihi 10 MB berformat PDF, JPEG atau PNG. 
  • Peserta dibenarkan untuk menggunakan sebarang perisian dan bahan (templat atau rangka) yang sedia ada namun kreativiti peserta akan membezakan penilaian dan pemarkahan juri.

Persidangan Meja Bulat Siri 2/2020 : Keresahan Belia Alaf Baharu

rtd keresahan belia

Dengan hormatnya saya mohon menarik perhatian YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS) akan menganjurkan Program Persidangan Meja Bulat Siri 2/2020 dengan membawa topik Keresahan Belia Alaf Baharu yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 28 November 2020 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Platform : ZOOM Webinar

3. Untuk makluman YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan, objektif utama program ini adalah menyediakan platform kepada masyarakat dan khususnya golongan belia dalam memberi penerangan dan maklumat yang jelas akan keresahan dan kebimbangan belia berkaitan masalah kewangan, kesihatan mental, gangguan seksual dan pengaruh teknologi. Program ini juga melibatkan penyertaan daripada pegawai Kementerian, Agensi, dan juga belia.

4. Bersama ini disertakan aturcara program sebagai rujukan YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan. Kerjasama YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan adalah dimohon agar dapat mendaftarkan butiran diri di link ZOOM tersebut sebelum atau pada 27 November 2020 (Jumaat) agar pihak IYRES dapat menyelaras tindakan selanjutnya.

5. Sebarang pertanyaan lanjut, pegawai kami En. Shah Romnizam Bin Ramli (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) dan En. Mohamad Saifful Hassan (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) sedia membantu di talian 03-8871 3335. Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat seminar, pihak IYRES akan memaklumkan dari semasa ke semasa kepada YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan.

Perhatian dan sokongan yang diberikan oleh YBhg. Dato’ / YBrs. Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat

Klik untuk muat turun aturcara Persidangan Meja Bulat Siri 2/2020 : Keresahan Belia Alaf Baharu

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.