kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Laporan Siapa Dan Dimanakah Anda 20 Tahun Akan Datang?

LAPORAN PROGRAM BILA BELIA BERBICARA (3B):

 “SIAPA DAN DIMANAKAH ANDA 20 TAHUN AKAN DATANG?”

 

                        Tarikh                         :           11 Mac 2017 (Sabtu)

                        Masa                           :           8.30 pagi  - 2.30 petang

                        Tempat                       :           Asrama Kasih YBK, Serendah, Selangor

                       

  • PENDAHULUAN

 

1.1         Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan program Program Bila Belia Berbicara (3B) bagi siri yang pertama tahun 2017 yang bertajuk “Siapa dan Dimanakah Anda 20 Tahun Akan Datang?”. Program ini telah dilaksanakan pada 11 Mac 2017 (Sabtu) dengan kerjasama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bertempat di Dewan Asrama Kasih YBK, Serendah, Selangor.

1.2         Program ini melibatkan penyertaan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan, Majlis Belia Negeri Selangor, pertubuhan-pertubuhan belia setempat, belia luar dan pinggir bandar termasuk pelajar akademi kemahiran dan sekolah. Program ini memfokuskan perbincangan berkenaan pembangunan belia dan hala tuju masa depan negara 20 tahun akan datang.

  • OBJEKTIF PROGRAM

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk:

2.1       Membuka minda dan memberi pendedahan kepada golongan belia terutama belia luar bandar/pinggir bandar mengenai peluang untuk mempertingkatkan taraf hidup;

2.2       Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan peserta berkaitan inisiatif kerajaan membangunkan modal insan;

2.3       Menarik minat belia untuk terlibat dalam melaksanakan program pembangunan belia;

2.4       Menyediakan platfrom kepada belia/peserta untuk menyuarakan pendapat dan pandangan berkaitan isu semasa pembangunan belia di Malaysia; dan

2.5       Menghasilkan input untuk rujukan kepada pihak penggubal dasar dalam membuat perancangan strategik penambahbaikan pembangunan belia luar bandar / pinggir bandar di Malaysia.

  • ATURCARA

Pengisian Program 3B ini adalah seperti berikut:

   8.30 pagi                   - Pendaftaran Peserta

  • Sarapan Pagi

9.00 pagi                      -              Ketibaan Jemputan dari Kementerian Belia & Sukan dan Yayasan Basmi Kemiskinan

                                     -     Nyanyian Lagu Negaraku

                                     -            Bacaan Doa

9.30 pagi                      -           Taklimat Moderator

                                                            Oleh: Hezry Hashim

                                                            Kuala Lumpur FM (KLFM)

9.35 pagi                      -           Pembentangan TN50 & Sesi Soal Jawab

                                                            Oleh: Puan Zuarini Jumai

                                                            Sekretariat TN50

 

10.35 pagi                    -              Forum: Siapa & Di Manakah Anda 20 Tahun Akan Datang? dan Soal Jawab

                                                            Oleh:

                                                Panel I : Puan Zuarini Jumai

  Sekretariat TN50

                                                Panel II            : Dr. Kamril Juraidi Abd. Karim

                                                                          Pensyarah Kanan UiTM Puncak Alam

                                                Panel III           : En. Audi Faliq Bin Ibrahim

                                                                          Eksekutif Motivasi YBK

12.30 tengahari            -           Tayangan Video / Persembahan

1.00 petang                  -   Pembentangan Aspirasi 3B oleh Moderator

-           Penyerahan Aspirasi 3B daripada Saudara Muhammad Hafizuddin,wakil peserta kepada YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES

-           Perasmian Penutup oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin  Bin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)

                                                -           Penyampaian sijil

                                    

  • petang -           Jamuan makan dan bersurai

4.0       KEHADIRAN DAN PENYERTAAN

Secara keseluruhannya, penyertaan bagi Program Bila Belia Berbicara (3B): “Siapa dan Dimanakah Anda 20 Tahun Akan Datang?” adalah seramai 130 orang peserta, seorang pembentang kertas kerja dan 3 orang panel forum. Butiran terperinci adalah seperti berikut:

Tetamu Kehormat                 :           YBhg. Datuk Zainal Abidin Sakom

                                                                        Pengerusi

                                                                        Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)

Moderator                               :           En. Hezry Hashim

Penyampai Radio

Kuala Lumpur FM (KLFM)

 

Pembentang              :           Pn. Zuarini Jumai

Sekretariat TN50

Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Panel Forum              :           1.         Dr. Kamril Juraidi Abdul Karim

Pensyarah Kanan

UiTM Puncak Alam

  1. En. Audi Faliq Ibrahim

Eksekutif Motivasi

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)

  1. Pn. Zuarini Jumai

Sekretariat TN50

Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

4.1          Pecahan Penyertaan

 

Pecahan penyertaan mengikut Kementerian, Jabatan, Agensi, NGO dan Individu adalah seperti berikut:

Bil

Kementerian/Jabatan/Agensi/ NGO/Individu

Bilangan Kehadiran

1.

Bahagian Dasar dan Perancangan, KBS

4

2.

Unit Komunikasi Korporat, KBS

4

3.

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

1

4.

Bahagian Rakan Muda

4

5.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

1

6.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

1

7.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kuala Lumpur

1

8.

Jabatan Penerangan

1

9.

Majlis Belia Negeri Selangor

4

10.

Individu

9

11.

ICU JPM

2

12.

Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM)

27

13.

Pusat Latihan YBK

35

14.

Akademi Kemahiran YBK

36

JUMLAH KESELURUHAN

130

 

5.0       RUMUSAN PERSIDANGAN

 

5.1       Secara keseluruhan, peserta Program Bila Belia Berbicara (3B) yang bertemakan Siapa dan Dimanakah Anda 20 Tahun Akan Datang? telah bersama-sama berbincang secara aktif dan menyuarakan pandangan serta pendirian berkaitan isu pembangunan belia dan masa depan Malaysia. Hasil perbincangan dan pandangan tersebut telah berjaya menghasilkan 18 aspirasi seperti berikut:

  1. Belia lebih BERFIKIRAN TERBUKA dan tidak bersifat “individualistik” demi menyumbang aspirasi dalam mencorakkan masa hadapan Malaysia.
  1. HUBUNGAN BAIK kerajaan dengan badan persatuan atau Non Government Organization (NGO) belia lebih rapat dalam membangunkan negara.
  1. Penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat lebih cepat, jelas dan tepat.
  1. Pihak Kerajaan MEMBERI PENDEDAHAN bermula dari peringkat sekolah menengah mengenai bidang politik dan isu semasa di Malaysia seperti memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Pentadbiran Awam
  1. Bidang pendidikan kemahiran diberi PENGIKTIRAFAN yang lebih tinggi ke peringkat Sarjana dan Sarjana Muda supaya TVET diiktiraf sebagai satu bidang profesional.
  1. Ramai belia berpendidikan KEMAHIRAN DARI LUAR NEGARA yang boleh menyumbang kepakaran kepada pembangunan ekonomi negara.

 

  1. SUKAN TRADISIONAL DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI dikenali diperingkat dunia dalam usaha mengekalkan budaya dan warisan Malaysia.
  1. Kepentingan setiap kaum dijaga dalam MENYATUPADUKAN MASYARAKAT Malaysia agar kekal harmoni.
  1. PENYELARASAN KADAR GAJI diwujudkan antara sektor Swasta dan Kerajaan supaya taraf ekonomi masyarakat lebih selaras dengan perkembangan negara.
  1. Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan berdaya saing BERASASKAN AGAMA ISLAM sebagai agama rasmi.
  1. Malaysia menjadi sebuah negara yang BEBAS RASUAH.
  1. Kelompok masyarakat Malaysia yang BERDAYA SAING DAN BERSATU PADU.
  1. Sistem KESELAMATAN NEGARA berada ditahap yang terbaik dan terjamin.
  1. Sistem PENGANGKUTAN AWAM yang lebih efisien yang dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.
  1. Taraf hidup GOLONGAN GELANDANGAN
  1. CAPAIAN INTERNET disetiap kawasan dalam negara lebih baik dan mudah untuk diakses.
  2. TIADA LAGI WARGA ASING memonopoli sektor pekerjaan 3D.
  1. PENDIDIKAN PERCUMA kepada semua rakyat warganegara.
  • CADANGAN TINDAKAN SUSULAN KE ATAS ASPIRASI

 

Aspirasi Program 3B ini akan dipanjangkan untuk tindakan lanjut Sekretariat TN50, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Bahagian Dasar KBS.

Adalah dicadangkan agar aspirasi tersebut dapat dijadikan input bagi memandu Kementerian/Bahagian/Agensi yang berkaitan untuk merangka tindakan selanjutnya.

  • PENILAIAN PELAKSANAAN PERSIDANGAN

.        Penilaian pelaksanaan program telah dibuat melalui borang penilaian yang dilengkapkan oleh peserta. Adalah didapati sebanyak 57.1% peserta program bersetuju bahawa pembentang/penceramah mempunyai pengetahuan yang baik dan luas dengan tajuk program manakala 55.6% peserta bersetuju bahawa kandungan kertas yang dibentangkan adalah memuaskan. Sementara itu, sebanyak 55.6% peserta berpuas hati dengan pembentangan program dan 49.2% peserta bersetuju bahawa objektif keseluruhan program ini tercapai.

Antara cadangan dan harapan para peserta untuk penambahbaikan program adalah seperti berikut:

  1. Cadangan agar aspek protokol dalam mengendalikan program diberikan perhatian;
  1. Mencadangkan agar program ini diberi peruntukan masa yang lebih panjang bagi memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk melontarkan idea;
  1. Memberi penekanan terhadap isu trending di media sosial berkaitan pembangunan belia;
  1. Mencadangkan agar pelaksanaan program-program berilmu seperti ini dijadikan trending dan tidak terhad kepada acara hiburan semata-mata;
  1. Mencadangkan agar program seumpama ini pada masa akan datang lebih menekankan aspek praktikal bagi mengelakkan rasa bosan dalam kalangan peserta;
  1. Program seperti ini perlu diteruskan lagi di masa hadapan bagi memberikan pendedahan kepada belia
  • PENUTUP

Program Bila Belia Berbicara (3B) yang bertemakan “Siapa dan Dimanakah Anda 20 Tahun Akan Datang?” telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan aktif daripada pelbagai pihak merangkumi belia, institusi-institusi pengajian, pusat-pusat latihan dan juga penyertaan agensi kerajaan serta swasta.

Dapatan penilaian program menunjukkan bahawa Program Bila Belia Berbicara (3B): “Siapa dan Dimanakah Anda 20 Tahun Akan Datang?” ini telah memenuhi keperluan belia dan ianya wajar diteruskan pada masa akan datang dengan bertemakan isu-isu yang selaras dengan keperluan semasa.

Disediakan Oleh :    

 

 

Unit Pembangunan Program

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Kementerian Belia Dan Sukan

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.