kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
  • Eng
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: ISU PERUMAHAN BELIA

PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: ISU PERUMAHAN BELIA

TARIKH : 21 JUN 2014 (SABTU)
MASA: 9.00 PAGI – 5.30 PETANG
TEMPAT

BILIK CEMPAKA, PUSAT BELIAANTARABANGSA

TETAMU KEHORMAT

Y.BHG DATO’ AZHAR MOHAMED ISA - TKSU (ANTARABANGSA DAN PENGURUSAN)

PESERTA 100 ORANG

OBJEKTIF PERSIDANGAN

1. Platform bagi memberi penerangan dan maklumat yang jelas mengenai isu perumahan dan inisiatif kerajaan dalam menangani isu pemilikan rumah
2. Membuka peluang kepada peserta menyuarakan pandangan, maklum balas dan reaksi
3. Merumuskan input yang diterima di kalangan peserta untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi
4. Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta

 Resolusi Persidangan

Tanggungjawab Belia:

1) Belia berpandangan agar kawasan rizab kerajaan dibangunkan sebagai kawasan perumahan yang kompetitif yang memfokuskan kepada golongan migrasi belia dengan kos yang berpatutan.

2) Belia berpandangan agar mewujudkan pelabur yang mampu membangunkan kawasan tanah yang kosong dengan kadar harga perumahan yang berpatutan seiring dengan kos sara hidup belia pada masa kini.

3) Belia berpandangan bahawa persatuan belia atau Majlis Belia Malaysia perlu mewujudkan koperasi yang boleh membeli rumah secara pukal daripada pemaju dan seterusnya koperasi menjual rumah berkenaan kepada ahli koperasi dengan harga atau kaedah yang boleh membantu pemilikan rumah.

Tanggungjawab Kerajaan:

1)     Belia berpandangan agar persatuan belia atau Majlis Belia Malaysia perlu mewujudkan koperasi yang boleh membeli rumah secara pukal daripada pemaju dan seterusnya koperasi menjual rumah berkenaan kepada ahli koperasi dengan harga atau kaedah yang boleh membantu pemilikan rumah.

 2)     Belia berpendapat agar pihak kerajaan dapat mewujudkan akta sewa beli bagi memantau golongan belia dalam aktiviti sewa rumah.

 3)     Belia berpendapat agar kawasan rizab kerajaan dibangunkan dengan secepat mungkin sebagai kawasan perumahan yang kompetatif yang memfokuskan kepada golongan migrasi belia dengan kos yang mampu milik.

 4)     Belia berpandangan agar kerajaan perlu mewujudkan dasar yang dapat memberi manfaat kepada pemaju perumahan dan pihak kerajaan tanpa memberi tekanan kepada golongan belia dalam memiliki rumah mampu milik.

 5)     Golongan belia berpandangan agar pihak kerajaan dapat memberi pendidikan kepada belia dalam meningkatkan kesedaran mengenai keutamaan (priority) memiliki rumah pertama.

 6)     Golongan belia berharap agar pihak kerajaan boleh membantu dengan mewujudkan kuota khas dalam setiap projek perumahan untuk golongan belia yang masih belum memiliki rumah sama seperti kuota bumiputera.

 7)     Belia berpandangan agar pihak jabatan dan agensi berkaitan dapat menilai semula kriteria kepada golongan belia yang bekerja dengan swasta yang berpendapatan RM 2000 ke bawah yang untuk memiliki rumah mampu milik.

 

Tanggungjawab Swasta/Pemaju:

 1)     Belia berharap agar pihak kerajaan dan agensi yang berkaitan dapat melaksanakan promosi dan memberi pengetahuan kepada belia dalam menangani isu perumahan belia seperti PR1MA, Skim Rumah Pertamaku, Myhome dan lain-lain dengan lebih luas lagi kepada masyarakat khususnya golongan belia.

 2)     Golongan belia berpendapat agar pemaju perumahan boleh membantu dengan memperkenalkan konsep ‘rent to buy’ kepada para belia bagi mereka yang tidak mampu membeli rumah.

 3)     Belia berpandangan agar persatuan belia atau Majlis Belia Malaysia perlu mewujudkan koperasi yang boleh membeli rumah secara pukal daripada pemaju dan seterusnya koperasi menjual rumah berkenaan kepada ahli koperasi dengan harga atau kaedah yang boleh membantu pemilikan rumah.

 4)     Belia berpandangan agar mewujudkan polisi yang lebih menggalakkan kadar bekalan hartanah rumah dengan tinggi untuk memenuhi keperluan.

 5)     Belia berharap agar pihak yang berkaitan dapat mengkaji semula polisi rumah kos rendah yang terlalu membebankan pihak swasta dalam merencana peningkatan harga rumah.

 

 

 

perumahan

 

<<< Kembali

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.