Persidangan Meja Bulat: Bantuan Awal Menangani Tingkah Laku Bunuh Diri Belia
Tarikh
26 November 2025
Tempat
Dewan Podium B, Menara KBS, Putrajaya
Penyertaan Peserta
158 orang
Ringkasan Program
Program ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu bunuh diri dalam kalangan belia serta mendapatkan idea, cadangan dan pandangan peserta bagi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup belia.
Program tersebut dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Objektif
Meningkatkan pemahaman berkaitan isu bunuh diri dalam kalangan belia.
Memberi ruang kepada belia, pakar serta pembuat dasar untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan cabaran dalam menangani isu bunuh diri.
Merangka cadangan strategi dan intervensi yang berkesan untuk menangani isu bunuh diri merentas lapisan masyarakat, terutamanya golongan belia.
Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta sebagai input penting dalam penggubalan serta penambahbaikan dasar berkaitan kualiti dan kesejahteraan hidup belia.
Hasil Program
Input program akan digunakan bagi penambahbaikan penyediaan panduan ringkas (Quick Guide) Bantuan Awal Menangani Tingkah Laku Bunuh Diri Belia.
Persidangan Meja Bulat: Menoktahkan Budaya Buli Dalam Kalangan Belia
Tarikh
16 Oktober 2025
Tempat
Dewan Podium B, Menara KBS, Putrajaya
Penyertaan Peserta
213 orang
Ringkasan Program
Program ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu buli dalam kalangan belia serta mendapatkan idea, cadangan dan pandangan peserta dalam usaha menoktahkan budaya buli daripada terus berleluasa.
Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan PUSPANITA Cawangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Objektif
Meningkatkan pemahaman tentang kepentingan mewujudkan persekitaran yang selamat, inklusif dan bebas buli dalam kalangan belia.
Memberi ruang kepada belia, pakar serta pembuat dasar untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan cabaran dalam menangani isu buli.
Merangka cadangan strategi dan intervensi yang berkesan untuk mencegah serta menangani buli di pelbagai peringkat.
Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta sebagai input penting dalam penggubalan serta penambahbaikan dasar berkaitan pencegahan buli.
Hasil Program
Telah menghasilkan 23 input resolusi untuk membina masyarakat dan generasi belia yang lebih prihatin, berempati dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan diri serta masyarakat sekeliling.
Persidangan Meja Bulat: Memperkasa Kesihatan Seksual dan Reproduktif
Tarikh
30 September 2025
Tempat
Dewan Utama, RekaScape, Cyberjaya, Selangor
Penyertaan Peserta
291 orang
Ringkasan Program
Program ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan kesihatan seksual golongan belia serta mendapatkan idea, cadangan dan pandangan peserta dalam merencana pembangunan belia ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.
Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Objektif
Meningkatkan pemahaman tentang kepentingan pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif yang komprehensif, selamat dan inklusif.
Memberi ruang kepada belia, pakar dan pembuat dasar untuk berkongsi pengalaman, pandangan serta cabaran berkaitan pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif.
Merangka cadangan untuk memperkukuh pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif.
Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta untuk penggubalan dan penambahbaikan dasar serta sebagai rujukan.
Hasil Program
Telah menghasilkan 12 input resolusi yang memberi saranan memperkasakan pendidikan seksual dan reproduktif belia secara sistematik dengan penglibatan menyeluruh daripada keluarga, institusi pendidikan dan masyarakat.
Dewan Utama, Shangri-La Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu, Sabah
Penyertaan Peserta
152 orang
Ringkasan Program
Program ini dilaksanakan bersempena Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 yang berfokuskan kepada isu kesihatan mental belia. Seramai 9 orang panel nasional dan antarabangsa telah dijemput bagi membincangkan isu berkaitan kesihatan mental belia.
Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama UNICEF Malaysia dan Pembangunan Komunikasi (Communication for Development - C4D), Universiti Putra Malaysia, melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
Objektif
Mengenal pasti cabaran budaya, sosial dan ekonomi yang mempengaruhi kesedaran kesihatan mental serta akses kepada perkhidmatan rawatan di rantau ini.
Meningkatkan kerjasama serantau antara negara anggota ASEAN melalui perkongsian amalan terbaik, dasar dan program.
Memperkukuh usaha advokasi dengan penglibatan kerajaan, badan bukan kerajaan (Non-Governmental Organization - NGO) dan pemimpin belia ke arah pembangunan ekosistem kesihatan mental yang inklusif dan mampan.
Memperkasa golongan belia melalui latihan kepimpinan dan advokasi kesihatan mental.
Hasil Program
Telah menghasilkan 11 input resolusi yang memberi saranan bagi memperkukuh ekosistem kesihatan mental dan kesejahteraan belia di seluruh ASEAN dan Timor-Leste.
Persidangan Meja Bulat Bersama Pemimpin Belia Pelbagai Agama Bagi Menangani Masalah Sosial Belia
Tarikh
29 April 2025
Tempat
Bilik Mesyuarat Aras 4, Menara KBS, Putrajaya
Penyertaan Peserta
40 orang
Ringkasan Program
Program ini menyediakan platform kepada pemimpin belia pelbagai agama bagi membincangkan dan menangani masalah sosial belia yang sedang tular di Malaysia.
Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia.
Objektif
Mengenal pasti isu dan permasalahan anak muda dalam konteks sosial.
Membincangkan cabaran yang dihadapi anak muda berkaitan pembendungan aktiviti tidak bermoral seperti ketagihan alkohol dan dadah.
Mengetengahkan peranan agama, keluarga, masyarakat dan kerajaan dalam mendidik sahsiah anak muda masa kini.
Hasil Program
Mendapatkan input daripada pemimpin belia pelbagai agama untuk merangka strategi dalam memperkasakan pembangunan belia negara.
Persidangan Meja Bulat: Transformasi Kewangan Belia – Ke Arah Masa Depan Sejahtera
Tarikh
11 Disember 2024
Tempat
Dewan Podium B, Menara KBS, Putrajaya
Penyertaan Peserta
122 orang
Ringkasan Program
Program ini menyediakan platform bagi memberi pendedahan serta merancang strategi terbaik untuk meningkatkan kualiti dan kesejahteraan pembangunan belia Malaysia dalam bidang ekonomi.
Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Sun Life Malaysia, melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia.
Objektif
Menyediakan platform perbincangan berkaitan isu literasi kewangan belia.
Meningkatkan pengetahuan masyarakat khususnya golongan belia berkaitan strategi dalam meningkatkan pertumbuhan pembangunan belia.
Mengumpulkan input daripada pelbagai pemegang taruh pembangunan belia untuk dijadikan sebagai input Pelan Tindakan Transformasi Celik Kewangan Malaysia yang akan dilaksanakan oleh pihak Sun Life Malaysia.
Hasil Program
Program ini berjaya meningkatkan pengetahuan golongan belia berkaitan pengurusan kewangan peribadi yang baik bagi melahirkan pelapis pemimpin yang akan menerajui negara pada masa hadapan.
Dewan Banquet Casa 4, Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur
Penyertaan Peserta
29 orang
Ringkasan Program
Program ini diadakan untuk meningkatkan pemahaman peserta berkaitan Indeks Belia Malaysia (IBM), seterusnya mengenal pasti idea, pandangan dan cadangan penyelesaian dalam meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup golongan belia Malaysia.
Program tersebut dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan daripada kumpulan pemegang taruh dalam kalangan pegawai KBS kumpulan pengurusan dan profesional Gred 44 dan ke atas.
Objektif
Menyebarluaskan hasil dapatan penyelidikan terkini IYRES kepada peserta sebagai pemegang taruh utama dalam pembangunan belia Malaysia.
Meningkatkan pemahaman dan penggunaan hasil penyelidikan IYRES kepada peserta agar terus cakna dengan perkembangan belia semasa.
Mengenal pasti idea, pandangan dan cadangan penyelesaian daripada peserta bagi meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup belia Malaysia.
Mengumpul input hasil daripada perbincangan untuk dijadikan rujukan di peringkat tertinggi KBS dan pemegang taruh pembangunan belia.
Hasil Program
Program ini berjaya meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup belia Malaysia melalui perancangan serta pelaksanaan inisiatif atau program KBS yang lebih komprehensif.
Persidangan Meja Bulat: Keselamatan Digital – Enigma Anak Muda
Tarikh
27 Ogos 2024
Tempat
Dewan Banquet Casa 4, Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur
Penyertaan Peserta
124 orang
Ringkasan Program
Program ini menyediakan platform kepada golongan belia untuk menyelami dengan lebih mendalam berkaitan isu dan kebimbangan belia terhadap keselamatan digital, perkembangan Kecerdasan Buatan (AI) serta pengaruh media sosial kepada golongan belia.
Program tersebut dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia.
Objektif
Menyediakan platform dalam memberi penerangan dan maklumat yang jelas berkaitan inisiatif kerajaan bagi meningkatkan kesedaran golongan belia terhadap keselamatan digital.
Membuka peluang kepada peserta untuk menyuarakan idea, pandangan, cadangan dan maklum balas berkaitan usaha memperkasa pembangunan belia.
Merumuskan input yang diterima daripada peserta dan dijadikan dokumen untuk diketengahkan kepada peringkat tertinggi.
Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta untuk penggubalan dan penambahbaikan dasar serta sebagai rujukan.
Hasil Program
Telah menghasilkan 11 input resolusi yang memberi saranan kepada pemegang taruh dan generasi belia.
Persidangan Meja Bulat: Masa Depan Anak Muda, Masa Depan Malaysia
Tarikh
21 Mei 2024
Tempat
Dewan Podium B, Menara KBS, Putrajaya
Penyertaan Peserta
91 orang
Ringkasan Program
Program ini menyediakan platform kepada golongan belia untuk membincangkan isu dan cabaran belia berkaitan perkembangan ekonomi serta teknologi semasa.
Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia.
Objektif
Mengenal pasti keberadaan anak-anak muda pasca persekolahan.
Membincangkan cabaran yang dihadapi anak muda dalam memenuhi keperluan dan mengembangkan bakat mereka.
Mengetengahkan peranan agama, keluarga, masyarakat dan kerajaan dalam membimbing anak muda membentuk kemahiran yang diperlukan.
Hasil Program
Meningkatkan pengetahuan masyarakat khususnya golongan belia berkaitan strategi dalam memperkasakan pembangunan belia negara.
Persidangan Meja Bulat: Belia Julang Perpaduan Negara
Tarikh
30 November 2023
Tempat
ZOOM Webinar
Penyertaan Peserta
433 orang
Ringkasan Program
Program ini menyediakan platform kepada golongan belia untuk mengumpul idea, pandangan dan cadangan bagi mengangkat suara serta hasrat golongan belia dalam meningkatkan perpaduan negara.
Program tersebut dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan daripada Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia yang berkaitan dengan kesihatan mental.
Objektif
Menyediakan platform dalam memberi penerangan dan maklumat yang jelas berkaitan perpaduan negara.
Membuka peluang kepada peserta untuk menyuarakan idea, pandangan, cadangan dan maklum balas berkaitan peranan belia dalam mendukung perpaduan negara.
Merumuskan input yang diterima daripada peserta dan dijadikan dokumen untuk diketengahkan kepada peringkat tertinggi.
Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta untuk penggubalan dan penambahbaikan dasar serta sebagai rujukan.
Hasil Program
Telah menghasilkan 15 input resolusi yang memberi saranan kepada pemegang taruh dan golongan belia.
Program ini menyediakan platform kepada golongan belia dengan memberi fokus kepada belia yang menggunakan mod pengangkutan dalam sektor pekerjaan gig. Forum ini juga merupakan salah satu aktiviti yang dirancang dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM) 2022-2030 bagi Bidang Keutamaan 6 iaitu Perjalanan Kumpulan Berisiko yang Lebih Selamat.
Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia.
Objektif
Berkongsi input antara pemegang taruh dan belia yang menggunakan mod pengangkutan dalam sektor pekerjaan gig.
Mendapatkan resolusi daripada pemegang taruh dan belia berkenaan hala tuju belia yang terlibat dalam sektor pekerjaan ini untuk diserahkan kepada KSU Kementerian Belia dan Sukan / Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Memberi kesedaran kepada pemegang taruh dan pembuat dasar berkenaan penekanan elemen keselamatan di jalan raya sebagai pemacu kerjaya belia.
Hasil Program
Meningkatkan pengetahuan masyarakat khususnya golongan belia berkaitan strategi dalam memperkasakan pembangunan belia negara.
Persidangan Meja Bulat: Kesihatan Mental Belia #ActTogether
Tarikh
31 Januari 2023
Tempat
Dewan Baiduri, Kementerian Peralihan Tenaga & Transformasi Air, Putrajaya
Penyertaan Peserta
83 orang
Ringkasan Program
Program ini menyediakan platform kepada golongan belia untuk menyelami dengan lebih mendalam berkaitan isu dan kebimbangan belia terhadap kesihatan mental serta menyediakan ruang perbincangan bagi mengumpul idea, pandangan dan cadangan dalam mengangkat suara belia untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan mental.
Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia dan melibatkan penyertaan daripada Non-Governmental Organization (NGO) serta individu belia yang berkaitan dengan kesihatan mental.
Objektif
Membincangkan isu kesihatan mental yang dihadapi oleh golongan muda di Malaysia.
Mengenal pasti jurang dan cabaran dalam mengekalkan kesejahteraan mental dalam kalangan golongan muda di Malaysia.
Mengenal pasti penyelesaian dan idea daripada belia serta pihak berkepentingan utama yang lain.
Merumuskan input yang diterima daripada peserta untuk dikembangkan menjadi dokumen resolusi.
Hasil Program
Telah menghasilkan 13 input resolusi yang memberi saranan berkaitan promosi dan advokasi, kolaborasi strategik, institusi kekeluargaan, komuniti dan pendidikan serta dana dan kemudahan.
Dewan Baiduri, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Putrajaya
Penyertaan Peserta
28 orang
Ringkasan Program
Program ini menyediakan platform kepada golongan belia untuk menyelami dengan lebih mendalam isu dan kebimbangan berkaitan iklim serta alam sekitar di Malaysia, di samping menyediakan ruang perbincangan bagi mendapatkan input yang tepat untuk menyokong tindakan yang diterajui oleh belia serta melindungi hak golongan muda terhadap persekitaran yang bersih, selamat dan mampan.
Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia dan melibatkan penyertaan daripada Non-Governmental Organization (NGO) serta individu belia yang berkaitan dengan perubahan iklim.
Objektif
Mengupas isu iklim dan alam sekitar serta kebimbangan yang dihadapi oleh golongan muda di Malaysia.
Memahami tindakan sedia ada oleh golongan muda dalam menangani isu tersebut.
Mengenal pasti jurang dan cabaran yang dihadapi oleh golongan muda dalam mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dan alam sekitar.
Mengenal pasti penyelesaian dan bidang sokongan daripada belia serta pemegang taruh lain yang berkaitan.
Merumuskan input daripada peserta dalam bentuk resolusi untuk dipanjangkan kepada pembuat dasar dan polisi.
Hasil Program
Telah menghasilkan 7 input resolusi yang memberi saranan kepada pihak Kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil dan institusi berkaitan.
Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Memutuskan Rantaian Rasuah
Tarikh
13 September 2022
Tempat
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan ZOOM Webinar
Penyertaan Peserta
1,545 orang
Ringkasan Program
Program ini diadakan bagi memberi pendedahan mengenai isu rasuah dalam kalangan penjawat awam, khususnya golongan belia. Seminar ini turut menjadi platform untuk mengumpul serta merumuskan idea, pandangan dan cadangan daripada peserta dalam bentuk resolusi yang dapat dijadikan input kepada Kerajaan dalam usaha membanteras gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam.
Program tersebut dilaksanakan bersama Unit Integriti, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Jabatan Perdana Menteri. Program ini melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, ahli akademik, Non-Governmental Organization (NGO), pemimpin pelajar dan individu.
Objektif
Memberi pendidikan, penerangan dan informasi berkaitan isu rasuah dalam kalangan penjawat awam, terutamanya golongan belia.
Menyediakan platform kepada penjawat awam, khususnya golongan belia, untuk mengemukakan idea, pandangan dan cadangan berhubung isu rasuah dalam kalangan penjawat awam.
Mengumpul dan merumuskan idea, pandangan serta cadangan daripada peserta untuk diketengahkan kepada Kerajaan sebagai rujukan dalam usaha membanteras rasuah dalam kalangan penjawat awam.
Hasil Program
Telah menghasilkan 16 input resolusi berkaitan peranan penjawat awam belia, Kerajaan, organisasi, majikan, ibu bapa atau penjaga serta komuniti setempat.
Simposium Pemikir Muda: Ekonomi Belia Pemacu Masa Hadapan Negara
Tarikh
29 - 30 Ogos 2022
Tempat
Dewan Angsana, EDC-UUM, Sintok, Kedah
Penyertaan Peserta
196 orang
Ringkasan Program
Program ini merupakan program anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang pertama pada tahun 2022 dengan tema “Ekonomi Belia Pemacu Masa Hadapan Negara”. Program ini menyediakan platform perbincangan secara menyeluruh melalui sesi perkongsian ilmu daripada pakar-pakar dalam bidang ekonomi negara.
Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, ahli akademik, Non-Governmental Organization (NGO), pemimpin pelajar dan individu.
Objektif
Menyediakan platform kepada pelbagai pihak untuk membentangkan dan menyebarluaskan maklumat berkaitan ekonomi golongan belia.
Mewujudkan ruang perkongsian idea dan medan perbincangan intelektual berkaitan peluang pekerjaan dan keusahawanan belia.
Merumuskan input suara anak muda untuk didokumentasikan dan diketengahkan kepada peringkat tertinggi.
Mendokumenkan pandangan dan maklum balas anak muda sebagai rujukan dalam penggubalan serta penambahbaikan dasar bagi menyerlahkan potensi golongan belia.
Hasil Program
Telah menghasilkan 35 input resolusi berkaitan peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan keusahawanan belia.
Persidangan Meja Bulat: Membina Identiti Belia Pasca Covid-19
Tarikh
12 November 2021
Tempat
ZOOM Webinar
Penyertaan Peserta
444 orang
Ringkasan Program
Program ini menyediakan platform kepada masyarakat khususnya golongan belia untuk mendapatkan penerangan dan maklumat yang jelas berkaitan isu semasa serta mengumpul idea, pandangan dan cadangan daripada golongan belia bagi mengangkat suara serta hasrat mereka dalam membina semula identiti belia Malaysia pasca Covid-19.
Program tersebut dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia.
Objektif
Menyediakan platform dalam memberi penerangan dan maklumat yang jelas berkaitan inisiatif kerajaan bagi meningkatkan pembangunan belia pasca Covid-19.
Membuka peluang kepada peserta untuk menyuarakan idea, pandangan, cadangan dan maklum balas berkaitan usaha memperkasa pembangunan belia.
Merumuskan input yang diterima daripada peserta dan dijadikan dokumen untuk diketengahkan kepada peringkat tertinggi.
Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta untuk penggubalan serta penambahbaikan dasar dan sebagai rujukan.
Hasil Program
Telah menghasilkan 10 input resolusi yang memberi saranan kepada pihak Kerajaan, pemegang taruh pembangunan belia dan generasi belia.
Program ini menyediakan platform kepada masyarakat khususnya golongan belia untuk mendapatkan penerangan dan maklumat yang jelas berkaitan isu pertumbuhan ekonomi yang dihadapi oleh golongan belia ketika pandemik Covid-19.
Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia.
Objektif
Menyediakan platform dalam memberi penerangan dan maklumat yang jelas berkaitan ekonomi negara dalam konteks pembangunan belia.
Membuka peluang kepada peserta untuk menyuarakan idea, pandangan, cadangan dan maklum balas berkaitan pembangunan ekonomi belia.
Merumuskan input yang diterima daripada peserta dan dijadikan dokumen untuk diketengahkan kepada peringkat tertinggi.
Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta untuk penggubalan serta penambahbaikan dasar dan sebagai rujukan.
Hasil Program
Telah menghasilkan 19 input resolusi yang memberi saranan kepada pihak Kerajaan, sektor swasta, korporat, industri, ibu bapa dan generasi belia.
Bengkel Technical Working Group Indeks Budaya Sukan Malaysia 2021
Tarikh
29 - 30 Jun 2021
Tempat
ZOOM Webinar
Penyertaan Peserta
64 orang
Ringkasan Program
Bengkel ini menyediakan platform perbincangan bagi mendapatkan input, idea, cadangan dan pandangan berkaitan strategi peningkatan skor domain serta indikator Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM).
Bengkel tersebut melibatkan penyertaan daripada Kementerian, Agensi, Non-Governmental Organization (NGO), Persatuan Belia, syarikat korporat serta pemegang taruh lain yang berkaitan dengan pembangunan belia.
Objektif
Berkongsi hasil dapatan data Indeks Budaya Sukan Malaysia bagi tahun 2018 dan 2019.
Menetapkan sasaran pencapaian skor Indeks Budaya Sukan Malaysia bagi tahun 2021 hingga 2025.
Mengumpul input bagi menyokong pembentukan kerangka Visi Sukan Negara 2030.
Hasil Program
Input bengkel akan dijadikan dokumen rujukan bagi merencana penglibatan rakyat Malaysia ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.
Bengkel Technical Working Group 2021 #MYindexbelia 6.0
Tarikh
23 - 24 Jun 2021
Tempat
ZOOM Webinar
Penyertaan Peserta
77 orang
Ringkasan Program
Bengkel ini menyediakan platform perbincangan bagi mendapatkan input, idea, cadangan dan pandangan berkaitan strategi peningkatan skor domain serta indikator Indeks Belia Malaysia (IBM).
Bengkel tersebut melibatkan penyertaan daripada Kementerian, Agensi, Non-Governmental Organization (NGO), Persatuan Belia, syarikat korporat serta pemegang taruh lain yang berkaitan dengan pembangunan belia.
Objektif
Berkongsi hasil dapatan data Indeks Belia Malaysia (IBM) tahun 2020 serta maklumat sistem e-MYInd.
Mengumpulkan idea, pandangan serta cadangan peserta bagi menambah baik strategi peningkatan skor Indeks Belia Malaysia (IBM).
Mengumpul input bagi menyokong pembentukan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia.
Hasil Program
Input bengkel akan dijadikan dokumen bagi pembentukan Kanvas Pembangunan Belia Malaysia dalam usaha meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup belia.
Persidangan Meja Bulat: Gelombang Pengundi Muda #TonggakNegara
Tarikh
10 April 2021
Tempat
Auditorium UNITAR International University, Selangor
Penyertaan Peserta
575 orang
Ringkasan Program
Program ini menyediakan platform kepada masyarakat khususnya golongan belia untuk mendapatkan penerangan dan maklumat yang jelas berkaitan aspirasi anak muda dalam politik negara.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama UNITAR International University dan melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Persatuan Belia, Non-Governmental Organization (NGO) dan individu belia.
Objektif
Menyediakan platform dalam memberi penerangan dan maklumat yang jelas berkaitan pengundi muda.
Membuka peluang kepada peserta untuk menyuarakan idea, pandangan, cadangan dan maklum balas berkaitan Undi 18.
Merumuskan input yang diterima daripada peserta dan dijadikan dokumen untuk diketengahkan kepada peringkat tertinggi.
Mendokumenkan pandangan dan maklum balas peserta untuk penggubalan serta penambahbaikan dasar dan sebagai rujukan.
Hasil Program
Telah menghasilkan 8 input resolusi yang memberi saranan kepada pihak kerajaan, pemegang taruh pembangunan belia dan generasi belia.
Bengkel Sindikasi Indeks Budaya Sukan Malaysia 2021
Tarikh
22 - 23 Mac 2021
Tempat
Hotel Marriott, Putrajaya
Penyertaan Peserta
79 orang
Ringkasan Program
Bengkel ini dilaksanakan bagi mendapatkan input, idea, cadangan dan pandangan daripada peserta untuk menambah baik mutu domain, indikator serta instrumen kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM).
Bengkel tersebut melibatkan penyertaan daripada pihak Kementerian, Agensi, Non-Governmental Organization (NGO), Persatuan Sukan, syarikat korporat serta pemegang taruh lain yang berkaitan dengan pembangunan belia dan sukan.
Objektif
Berkongsi hasil dapatan kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM).
Mengumpulkan idea, cadangan dan pandangan bagi menambah baik domain, indikator serta instrumen Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM).
Menyediakan input sebagai rujukan dalam pembangunan belia dan sukan di peringkat nasional serta antarabangsa.
Hasil Program
Input daripada sesi sindikasi dijadikan rujukan dalam pembentukan domain dan indikator bagi Indeks Budaya Sukan Malaysia 2021 (IBSM’21).
Bengkel ini dilaksanakan bagi mendapatkan input, idea, cadangan dan pandangan daripada peserta bengkel untuk menambah baik mutu domain, indikator serta instrumen kajian Indeks Belia Malaysia (IBM).
Bengkel tersebut melibatkan penyertaan daripada pihak Kementerian, Agensi, Non-Governmental Organization (NGO), Persatuan Belia, syarikat korporat serta pemegang taruh lain yang berkaitan dengan pembangunan belia dan sukan.
Objektif
Berkongsi hasil dapatan kajian Indeks Belia Malaysia (IBM).
Mengumpulkan idea, cadangan dan pandangan bagi menambah baik domain, indikator serta instrumen Indeks Belia Malaysia (IBM).
Menyediakan input sebagai rujukan pembangunan belia dan sukan di peringkat nasional serta antarabangsa.
Hasil Program
Input daripada sesi sindikasi dijadikan rujukan dalam pembentukan domain dan indikator bagi Indeks Belia Malaysia 2021 (IBM’21).