Accessibility Tools

Town Hall IYRES

Town Hall IYRES

Program Town Hall Mempromosikan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Kerja Belia dan Sukan Tahun 2025
Tarikh 11 November 2025
Tempat Dewan Utama, Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan
Penyertaan Peserta 177 orang
Ringkasan Program Program ini menyediakan platform kepada peserta untuk mendapatkan input berkaitan keperluan persijilan Standard Kemahiran Kebangsaan (NOSS) Kerja Belia dan Sukan.

Program tersebut melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Exco Negeri, NGO dan lain-lain pemegang taruh yang terkandung di dalam 10 kumpulan pelaksana Dasar Belia Malaysia (DBM).
Objektif
  • Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pihak berkepentingan mengenai kepentingan NOSS Kerja Belia dan Sukan sebagai piawaian kemahiran profesional dalam Sektor Pembangunan Belia dan Sukan.
  • Mendedahkan struktur dan kandungan NOSS Kerja Belia dan Pekerjaan Sukan kepada peserta sebagai rujukan latihan, pemantapan kerjaya dan pembangunan profesional bidang Belia dan Sukan.
  • Membuka ruang perkongsian idea dan medan perbincangan antara penggubal dasar, industri, NGO dan penyedia latihan ke arah penambahbaikan pengiktirafan formal terhadap profesionalisme kerja Belia dan Sukan.
  • Menggalakkan organisasi, institusi latihan dan pengamal kerja belia dan sukan untuk mengguna pakai NOSS sebagai asas dalam membangunkan program latihan, modul pembangunan dan penilaian kemahiran.
  • Memberi input dan menyebarluas atau promosi laluan persijilan seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) kepada para pengamal kerja belia serta menggalakkan pendaftaran untuk persijilan.
Hasil Program Para peserta dapat meningkatkan pengetahuan untuk mengikuti persijilan Standard Kemahiran Kebangsaan (NOSS) Kerja Belia dan Sukan.
Program Town Hall IYRES 2024
Tarikh 24 Jun 2024
Tempat Dewan Podium B, Menara KBS, Putrajaya
Penyertaan Peserta 494 orang
Ringkasan Program Program ini menyediakan platform kepada pemegang taruh pembangunan belia untuk mendapatkan input daripada hub data dan hasil penyelidikan IYRES dalam merangka program atau aktiviti yang memenuhi keperluan dan kehendak semasa golongan belia.

Program tersebut melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Exco Negeri, NGO dan lain-lain pemegang taruh yang terkandung di dalam 10 kumpulan pelaksana Dasar Belia Malaysia (DBM).

Terdapat lima (5) pembentangan dilaksanakan merangkumi empat (4) hasil penyelidikan iaitu Kajian Indeks Belia Malaysia (IBM) 2023, Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) 2023, Kajian Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia (MyMHI) 2023, Kajian E-Sports Dalam Kalangan Belia serta sistem-sistem di bawah Hub Data Belia.
Objektif
  • Meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan penyelidikan pembangunan belia.
  • Menerangkan hasil dapatan kajian bagi tahun 2023 sebagai tools perancangan program pembangunan belia.
  • Menyediakan platform kepada peserta untuk menyuarakan persoalan, idea dan pandangan berkaitan penyelidikan IYRES.
Hasil Program Pemegang taruh dapat merencana program dan aktiviti yang lebih baik berpandukan hasil dapatan penyelidikan IYRES.
Program Town Hall IYRES 2023: Penyebarluasan Hub Data & Hasil Kajian IYRES
Tarikh 14 April 2023
Tempat Dewan Podium B, Menara KBS, Putrajaya
Penyertaan Peserta 327 orang
Ringkasan Program Program ini menyediakan platform kepada pemegang taruh pembangunan belia untuk mendapatkan input daripada hub data dan hasil penyelidikan IYRES dalam merangka program atau aktiviti yang memenuhi keperluan dan kehendak semasa golongan belia.

Program tersebut melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Exco Negeri, NGO dan lain-lain pemegang taruh yang terkandung di dalam 10 kumpulan pelaksana Dasar Belia Malaysia (DBM).

Terdapat lapan (8) pembentangan dilaksanakan merangkumi tujuh (7) hasil penyelidikan iaitu Kajian Indeks Belia Malaysia (IBM) 2022, Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) 2022, Kajian Kompetensi Pemimpin Muda, Kajian Ketidakupayaan Belia Bersaing Dalam Ekonomi, Kajian Upskilling & Reskilling Study for Better Employment Opportunities Among Youth, Kajian Aspirasi Belia Keluarga Malaysia, dan Kajian Tinjauan Pemilikan Rumah dalam Kalangan Belia Malaysia serta sistem-sistem di bawah Hub Data Belia.
Objektif
  • Meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan penyelidikan pembangunan belia.
  • Menerangkan hasil dapatan kajian bagi tahun 2021/2022 sebagai tools perancangan program pembangunan belia.
  • Menyediakan platform kepada peserta untuk menyuarakan persoalan, idea dan pandangan berkaitan penyelidikan IYRES.
Hasil Program Pemegang taruh dapat merencana program dan aktiviti yang lebih baik berpandukan hasil dapatan penyelidikan IYRES.
Program Town Hall IYRES 2022: Penyebarluasan Dapatan Kajian IYRES
Tarikh 28 Februari 2022
Tempat ZOOM Webinar
Penyertaan Peserta 353 orang
Ringkasan Program Program ini menyediakan platform kepada pemegang taruh pembangunan belia untuk mendapatkan input daripada hasil penyelidikan IYRES dalam merangka program atau aktiviti yang memenuhi keperluan dan kehendak semasa golongan belia.

Program tersebut melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Exco Negeri, NGO dan lain-lain pemegang taruh yang terkandung di dalam 10 kumpulan pelaksana Dasar Belia Malaysia (DBM).

Terdapat lima (5) pembentangan dilaksanakan merangkumi Kajian Indeks Belia Malaysia (IBM) 2021, Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) 2021, Kajian Kompetensi Pemimpin Muda Masa Hadapan, Kajian Kebolehlaksanaan Cadangan Penubuhan Institusi Kewangan Khusus Untuk Golongan Belia: Bank Belia dan Kajian Tinjauan Pemilikan Rumah dalam Kalangan Belia Malaysia.
Objektif
  • Meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan penyelidikan pembangunan belia.
  • Menerangkan hasil dapatan kajian bagi tahun 2021 sebagai tools perancangan program pembangunan belia.
  • Menyediakan platform kepada peserta untuk menyuarakan persoalan, idea dan pandangan berkaitan penyelidikan IYRES.
Hasil Program Pemegang taruh dapat merencana program dan aktiviti yang lebih baik berpandukan hasil dapatan penyelidikan IYRES.
Program Town Hall IYRES 2021: Penyebarluasan Hub Data Belia dan Dapatan Kajian IYRES
Tarikh 9 Ogos 2021
Tempat ZOOM Webinar
Penyertaan Peserta 495 orang
Ringkasan Program Program ini menyediakan platform kepada pemegang taruh pembangunan belia untuk mendapatkan input daripada Hub Data dan hasil penyelidikan IYRES dalam merangka program atau aktiviti yang memenuhi keperluan dan kehendak semasa golongan belia.

Program tersebut melibatkan penyertaan daripada ahli-ahli Kementerian, Agensi, Exco Negeri, NGO dan lain-lain pemegang taruh yang terkandung di dalam 10 kumpulan pelaksana Dasar Belia Malaysia (DBM).

Terdapat enam (6) pembentangan dilaksanakan merangkumi lima (5) dapatan kajian iaitu Kajian Indeks Belia Malaysia (IBM) 2020, Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) 2020, Kajian Ketidakupayaan Belia Bersaing Dalam Ekonomi, Kajian Upskilling & Reskilling Study for Better Employment Opportunities Among Youth dan Kajian Care for Your Youth. Manakala satu pembentangan adalah berkaitan Hub Data Belia.
Objektif
  • Meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan penyelidikan pembangunan belia.
  • Menerangkan hasil dapatan kajian bagi tahun 2020/2021 sebagai tools perancangan program pembangunan belia.
  • Menyediakan platform kepada peserta untuk menyuarakan persoalan, idea dan pandangan berkaitan penyelidikan IYRES.
Hasil Program Pemegang taruh dapat merencana program dan aktiviti yang lebih baik berpandukan hasil dapatan penyelidikan IYRES serta mengaplikasikan penggunaan sistem di dalam Hub Data Belia dengan lebih kerap.

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Kementerian Belia dan Sukan,
Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
001137
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List