Accessibility Tools

Youth As Researchers (YAR)

Youth As Researchers (YAR)

Youth As Researchers (YAR) merupakan sebuah inisiatif program yang telah dilaksanakan di peringkat antarabangsa oleh pihak UNESCO bagi menyemarakkan semangat penyelidikan dalam kalangan belia. Oleh yang demikian, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mewujudkan pertandingan bercorakkan penyelidikan di mana belia perlu menghasilkan penulisan rencana, penyediaan video kreatif dan infografik penyelidikan menggunakan hasil dapatan kajian dan statistik IYRES. Matlamat utama program ini adalah meningkatkan literasi penyelidikan dan menerapkan budaya penyelidikan berpacukan data bagi memperkasa pembangunan golongan belia Malaysia.

  1. Penulisan rencana hendaklah relevan dengan tema “Penyelidik Muda Suara Masa Depan” dengan memilih salah satu sub-tema seperti di bawah:

    • Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial
    • Budaya, Identiti, Jati Diri dan Kepimpinan Belia
    • Pendigitalan dan Masa Depan Pekerjaan
    • Belia, Literasi Kewangan dan Kesejahteraan Ekonomi
    • Pendidikan dan Latihan Kemahiran Masa Hadapan
  2. Penulisan rencana wajib menggunakan mana-mana hasil dapatan kajian atau statistik yang dibekalkan pihak penganjur:

  3. Rencana yang ditulis merupakan karya asli penulis dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan jurnal, prosiding atau seumpamanya sama ada di dalam atau luar negara.

  4. Pihak IYRES berhak membatalkan penyertaan jika didapati hasil rencana merupakan plagiat, ciplak atau terjemahan.

  5. Semua rencana yang diterbitkan adalah hak milik mutlak IYRES. Pihak IYRES berhak menerbitkan rencana ini dalam pelbagai bentuk untuk tujuan ilmiah.

  6. Penulis tidak dibenarkan mengeluarkan ulangan mana-mana bahagian rencana, ilustrasi atau isi karangan dalam apa jua bentuk sebelum mendapat kebenaran daripada pihak IYRES.

Program Youth As Researchers 2024 (YAR’24)
Tarikh Majlis Penganugerahan 18 Disember 2024
Tempat Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur
Penyertaan Peserta 280 orang
Ringkasan Program Program ini merupakan sebuah pertandingan yang bercorakkan penyelidikan dengan menghasilkan penulisan artikel, penyediaan video kreatif dan infografik penyelidikan dengan menggunakan rujukan hasil dapatan kajian dan statistik IYRES.

Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan literasi penyelidikan dan menerapkan budaya penyelidikan berpacukan data bagi memperkasakan pembangunan golongan belia Malaysia. Durasi pertandingan adalah bermula 17 Oktober hingga 25 November 2024.
Objektif
  • Meningkatkan literasi dan menggalakkan generasi belia melibatkan diri dalam penyelidikan.
  • Meningkatkan keyakinan dan keupayaan belia dalam mengemukakan pandangan dan suara belia berdasarkan bukti empirikal.
  • Meningkatkan budaya “inquiry mind” menerusi pembudayaan penyelidikan dalam kalangan belia.
  • Mengiktiraf generasi muda dalam memperkasakan pembangunan belia positif.
Hasil Program Seramai 90 orang pemenang telah diumumkan pada Majlis Penganugerahan YAR’24 melibatkan pemenang dari tempat pertama hingga pemenang saguhati.

HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Kementerian Belia dan Sukan,
Aras 10, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya.

ARTIKEL POPULAR

Paparan terbaik menggunakan pelayar popular seperti IE, Firefox, Chrome, Safari, Opera dengan resolusi 1920 x 1080 piksel.
Tarikh Kemaskini :
509536
Image

Office Address

  • 121 King Street, Australia
  • example@gmail.com
  • (00) 2500-123-4567

Social List