Youth As Researchers (YAR) merupakan sebuah inisiatif program yang telah dilaksanakan di peringkat antarabangsa oleh pihak UNESCO bagi menyemarakkan semangat penyelidikan dalam kalangan belia. Oleh yang demikian, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mewujudkan pertandingan bercorakkan penyelidikan di mana belia perlu menghasilkan penulisan rencana, penyediaan video kreatif dan infografik penyelidikan menggunakan hasil dapatan kajian dan statistik IYRES. Matlamat utama program ini adalah meningkatkan literasi penyelidikan dan menerapkan budaya penyelidikan berpacukan data bagi memperkasa pembangunan golongan belia Malaysia.
Penulisan rencana hendaklah relevan dengan tema “Penyelidik Muda Suara Masa Depan” dengan memilih salah satu sub-tema seperti di bawah:
- Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial
- Budaya, Identiti, Jati Diri dan Kepimpinan Belia
- Pendigitalan dan Masa Depan Pekerjaan
- Belia, Literasi Kewangan dan Kesejahteraan Ekonomi
- Pendidikan dan Latihan Kemahiran Masa Hadapan
Penulisan rencana wajib menggunakan mana-mana hasil dapatan kajian atau statistik yang dibekalkan pihak penganjur:
- Portal IYRES ( https://iyres.gov.my/bm/infografik-penyelidikan)
- Hub Statistik (Sistem Ydata) ( https://ydata.iyres.gov.my)
- Asia-Pacific Journal of Youth Studies (APJYS)
- dataCATCH@IYRES (Media Sosial IYRES)
Rencana yang ditulis merupakan karya asli penulis dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan jurnal, prosiding atau seumpamanya sama ada di dalam atau luar negara.
Pihak IYRES berhak membatalkan penyertaan jika didapati hasil rencana merupakan plagiat, ciplak atau terjemahan.
Semua rencana yang diterbitkan adalah hak milik mutlak IYRES. Pihak IYRES berhak menerbitkan rencana ini dalam pelbagai bentuk untuk tujuan ilmiah.
Penulis tidak dibenarkan mengeluarkan ulangan mana-mana bahagian rencana, ilustrasi atau isi karangan dalam apa jua bentuk sebelum mendapat kebenaran daripada pihak IYRES.
| Program | Youth As Researchers 2024 (YAR’24) |
| Tarikh Majlis Penganugerahan | 18 Disember 2024 |
| Tempat | Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur |
| Penyertaan Peserta | 280 orang |
| Ringkasan Program |
Program ini merupakan sebuah pertandingan yang bercorakkan penyelidikan dengan menghasilkan penulisan artikel, penyediaan video kreatif dan infografik penyelidikan dengan menggunakan rujukan hasil dapatan kajian dan statistik IYRES.
Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan literasi penyelidikan dan menerapkan budaya penyelidikan berpacukan data bagi memperkasakan pembangunan golongan belia Malaysia. Durasi pertandingan adalah bermula 17 Oktober hingga 25 November 2024. |
| Objektif |
|
| Hasil Program | Seramai 90 orang pemenang telah diumumkan pada Majlis Penganugerahan YAR’24 melibatkan pemenang dari tempat pertama hingga pemenang saguhati. |








